Sebenarnya, banyak alat tulis lain yang boleh dijadikan variasi menarik untuk bantu anak belajar menulis dan ia tak semestinya kita terhad kepada penggunaan pensel saja.
Contohnya, Dot Marker. Alat ni sangat sesuai digunakan dalam homeschool, sebab ia bantu anak belajar asas menulis, mengenal warna, sambil mengasah kreativiti mereka melalui aktiviti mewarna dan melukis.
Antara kelebihan Dot Marker ialah:
Melatih koordinasi tangan dan mata
- Anak boleh fokus untuk buat setiap titik dan ini bantu mereka lebih teliti.
Menggalakkan tumpuan visual
- Mata anak akan lebih terlatih bila perlu melihat dengan tepat.
Membantu perkembangan motor halus
- Sesuai untuk anak kecil yang baru belajar kawal pergerakan tangan.
Sesuai untuk pelbagai usia
- Dari usia 2 tahun hingga ke sekolah rendah, ia ni boleh digunakan dengan pelbagai cara.
Bantu belajar huruf dan nombor
- Aktiviti seronok seperti ini buat anak lebih berminat belajar huruf dan nombor.
Mengasah kreativiti
- Anak-anak boleh explore pelbagai corak dan warna sesuka hati.
Boleh digunakan untuk stamping
- Aktiviti mengecop yang menyeronokkan dan mudah dikendalikan oleh mereka.
Non-toxic dan mudah dicuci
- Tak perlu risau kalau ada tumpahan, senang dibersihkan!
Contoh Aktiviti
Aktiviti free and easy dot rainbow
Contoh Dot Art Lais
Contoh Dot Art Qais
Baca juga: Velcro Dots, Homeschool Supplies Yang Wajib Ada
Dot Marker memang antara alat yang bagus dan praktikal untuk bantu anak-anak dalam perkembangan motor halus, terutamanya bila mereka baru mula belajar menulis.
Dengan alat ni, anak-anak dapat belajar sambil bermain dan lebih seronok dengan aktiviti yang melibatkan kreativiti dan warna.
Cubalah variasikan pembelajaran anak-anak dengan Dot Marker ni, dan tengok sendiri bagaimana ia boleh menceriakan waktu belajar mereka.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.