Tahun ini dikira tahun kesebelas saya bergelar seorang ibu. Walaupun pengalaman saya taklah banyak mana, ilmu pun sebesar hama.
Tapi beginilah saya belajar melalui real-life exposure sebagai seorang ibu yang berdepan dengan mental load, keletihan emosi dan keputusan harian yang tak pernah habis.
JADI ‘MALAS’
Malas nak buat semua benda untuk orang lain. Saya dah penat jadi ibu yang terlampau rajin dan terlalu ringan tulang. Saya belajar untuk sesekali harapkan juga anak-anak walaupun hasilnya tak sesempurna yang kita jangka. Bagi mereka pula ruang untuk belajar merajinkan diri.
PENTING DIRI SENDIRI
Bila jadi seorang ibu, kadang kala kena ‘pentingkan diri sendiri’ juga. Jangan terlalu banyak berkorban sampai makan diri semata-mata untuk melihat kebahagiaan orang lain. Sesekali suarakan hak diri, jangan sampai orang ingat kita ni lemah sampai terus ditindas.
SESEKALI JADI ‘SOMBONG’
Kita berhak delete, block, hide dan remove orang yang toxic, yang suka merosakkan kebahagiaan kita. Jika bergaul dengan manusia mendatangkan keserabutan dan langsung tak datangkan manfaat, baik menyendiri dan dekatkan diri dengan Yang Maha Kuasa itu lebih selamat.
JADI LEBIH ‘TAMAK’
Ambil ruang untuk diri sendiri bertenang, sambil kurangkan kadar kortisol dalam diri, barulah tangki emosi diri dapat diisi. Tamak dengan pedulikan diri sendiri dengan menyepikan diri sementara demi cari ketenangan. Bila bahagia, InsyaAllah kita mampu untuk bahagiakan orang sekeliling kita.
TAHU ‘BERBOHONG’
Berbohong untuk sambil menggembirakan diri dan belajar selamatkan diri sendiri dalam situasi yang tak dapat dielakkan. Kadang kita tawar hati bila terlalu beri muka kepada orang lain, orang perlekehkan kita semata-mata nak puaskan hati mereka. Tapi orang lain jelas tiada di sisi bila kita perlukan.
MEMILIH MANA BOLEH
Memilih persahabatan yang ikhlas supaya kita tidak bazirkan masa dengan luangkan dengan seseorang yang tak perlu. Kehidupan setelah mempunyai anak berbanding kehidupan semasa zaman anak dara jauh berbeza.
- Ada sahabat yang dulu dekat, jadi jauh.
- Ada yang depan baik, belakang mengata.
- Ada perkara yang dulu saya sangka perlu dikorbankan sepenuhnya, rupa-rupanya perlu dijaga dengan lebih beradab.
- Ada sikap yang dulu saya anggap negatif, rupanya itulah cara untuk bertahan tanpa hilang diri.
Baca juga: Mulakan Komunikasi Positif Supaya Anak Dengar Cakap
Tahun ini, saya mula berani jujur dengan diri sendiri.
Bukan untuk jadi ibu yang keras, tapi ibu yang masih rasional dan masih mampu hadir untuk anak-anak dengan hati yang tenang insyaAllah.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.