Kaedah Cepat Baca ini direka untuk membantu anak-anak menguasai kemahiran membaca dengan lebih efektif melalui pendekatan fonik yang mudah difahami.
Setiap komponen dalam kaedah ini, dari pengisian bunyi hingga pemisahan bunyi insyaAllah dapat membina asas yang kukuh dalam mengenal dan memahami bunyi asas dalam bahasa.
Kaedah ini bukan sahaja membantu mempercepatkan proses membaca tetapi juga meningkatkan keyakinan anak-anak dalam penguasaan bahasa.
Kaedah ini efektif kerana menggabungkan kefahaman kata kunci dan kesedaran fonemik sekaligus.
Anak akan diperkenalkan kata kunci yang mudah disebut dan diingat terlebih dahulu sebelum anak belajar satu persatu bunyi.
Ada 28 bunyi semuanya yang terkandung dalam Kaedah Cepat Baca yang membawa 34 bunyi asas dalam Bahasa Melayu.
Jadi anak akan lebih mudah faham dan ingat bunyi yang akan diajar. Secara tak langsung anak juga belajar untuk memilih, menggabung dan memisahkan bunyi.
Kesedaran fonemik pula ialah bila anak sedar dalam sesuatu perkataan terdapat bunyi-bunyi asas yang bergabung untuk membentuk perkataan tersebut.
Contoh
Kata Kunci: ana ibu hidi umi sali suka
Bunyi:
Kita ingat kembali Kemahiran Asas Membaca iaitu
- Ingat bunyi
- Ingat bentuk huruf
- Boleh pisahkan huruf dan bunyi
- Menggabungkan bunyi
Kaedah ini dirumuskan dalam satu sistem yang dipanggil sistem 4P iaitu
- Pengisian Bunyi
- Pengamatan Bentuk dan Bunyi
- Pemilihan dan Pemisahan
- Pemaduan Bunyi
Contoh Kandungan dan Cara Mengajar Anak Membaca Buku Teks 1
Contoh Kandungan dan Cara Mengajar Anak Membaca Buku Teks 2
Antara Contoh Kandungan dan Cara Mengajar Anak Membaca Buku Teks 3
Baca juga: Aktiviti Literasi Awal Huruf Konsonan
Kedah Cepat Baca
Dengan mengaplikasikan Kaedah Cepat Baca, kita boleh melihat anak-anak lebih yakin dan cekap dalam membaca.
Proses ini memperkenalkan mereka kepada bunyi asas, membantu mereka mengaitkan bunyi dengan huruf, dan akhirnya membentuk kata serta ayat dengan mudah.
Kaedah ini bukan sahaja menjadikan pembelajaran membaca lebih mudah tetapi juga menyeronokkan, memastikan mereka menikmati setiap langkah dalam perjalanan pembelajaran mereka.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.