Blog

Cara Seronok Ajar Anak Bahasa Inggeris

oleh Hanis Athirah dalam Pendidikan
Anak Fasih Bahasa Inggeris

Sebenarnya, anak-anak saya pun masih lagi tak fasih berbahasa Inggeris. Tapi, setelah buat pembacaan dan cuba beberapa cara, inilah apa yang saya belajar. Nak tahu lebih lanjut? Jom saya kongsikan tips yang saya sendiri gunakan untuk bantu anak-anak lebih yakin berbahasa Inggeris, langkah demi langkah.

1. Guna Kartun Kegemaran Anak sebagai Alat Pembelajaran

Saya perasan bahawa untuk bantu anak fasih bahasa Inggeris, penting untuk mulakan dengan perkara yang mereka suka. Salah satu cara paling mudah untuk ajar anak bahasa Inggeris adalah dengan menggunakan kartun yang mereka suka. Contohnya, Numberblocks,  kartun ni bukan saja seronok, tapi juga membantu anak-anak belajar matematik dan bahasa Inggeris pada masa yang sama.

Contoh:
Anak-anak saya, Lais dan Qais, sangat suka kartun Numberblocks. Setiap kali tengok, mereka belajar sesuatu yang baru. Sebagai contoh, bila Numberblock cakap “Let’s add ourselves together to make a bigger number!” mereka bukan saja faham konsep penambahan, tapi juga belajar ayat-ayat mudah dalam bahasa Inggeris. Sambil tengok kartun, saya akan tanya mereka, “Apa yang Numberblock maksudkan dengan ‘add together’?” Lais pun akan jawab, “Tambah nombor!” walaupun masih dengan aksen yang sedikit keliru, saya tetap bangga sebab mereka berani mencuba.

2. Masukkan Bahasa Inggeris dalam Perbualan Harian

Saya mula masukkan bahasa Inggeris sedikit demi sedikit dalam perbualan harian kami, terutama masa homeschool. Tak perlu terus cakap full English, tapi saya mulakan dengan ayat-ayat pendek yang mereka boleh faham.

Contoh:
Suatu hari, kami sedang buat aktiviti homeschool dan Qais nampak agak keliru dengan latihan matematik. Dia pun tanya, “Mama, macam mana nak buat ni?” Saya ambil peluang ni untuk galakkan dia guna bahasa Inggeris. Saya cakap, “Try saying it in English, Qais. Say ‘Mama, how do I do this?’” Selepas beberapa kali cuba, dia berjaya sebut dengan yakin. Setiap kali mereka guna ayat pendek dalam bahasa Inggeris, seperti “Can we read this book together?” atau “What’s the answer to this question?”, saya terus beri galakan dengan pujian seperti, “Good job! You’re really improving!”

3. Jadikan Pembelajaran Bahasa sebagai Permainan

Anak-anak belajar lebih baik bila mereka seronok, jadi saya cuba tukarkan pembelajaran bahasa Inggeris kepada permainan yang mereka enjoy.

Contoh:
Satu permainan kegemaran kami ialah ‘I Spy’. Masa saya cakap, “I spy with my little eye, something that is blue,” Lais dan Qais akan berlari keliling rumah cuba cari benda yang biru. Dengan cara ni, mereka belajar perkataan baru tanpa sedar. Kalau mereka salah teka, saya akan bantu, “Not quite, that’s green. Try looking at something else that is blue.” Dari sini, mereka bukan saja belajar warna dalam bahasa Inggeris, tapi juga mula faham cara buat ayat dalam perbualan.

 

4. Nyanyi Lagu-Lagu Kegemaran untuk Tingkatkan Vocabulary

Lagu juga antara cara paling menyeronokkan untuk ajar anak bahasa Inggeris. Bila ada irama dan lirik yang menarik, anak-anak lebih mudah ingat perkataan baru.

Contoh:
Lais dan Qais suka sangat lagu Maher Zain, terutama lagu ‘Number One For Me’. Setiap kali kami dengar lagu tu, mereka akan cuba ikut nyanyi liriknya. Saya ajak mereka duduk bersama dan bincangkan lirik lagu tu. “What does ‘Number One For Me’ mean?” saya tanya dan mereka cuba teka, “Mama is the best!” Walaupun jawapan tak sepenuhnya tepat, mereka belajar perkataan baru dan cuba guna ayat dalam bahasa Inggeris sambil menyanyi.

 

5. Gunakan Buku Cerita dalam Bahasa Inggeris

Buku cerita dalam bahasa Inggeris juga sangat membantu untuk tambah vocabulary anak-anak. Bacakan cerita kepada mereka, dan minta mereka ceritakan semula dalam bahasa Inggeris.

Contoh:
Malam sebelum tidur, saya ada bacakan buku ‘Little Explorers Goodnight Forest’ kepada Lais dan Qais. Dalam buku tu, ada cerita tentang haiwan yang berjaga waktu malam. Lepas saya baca, saya tanya mereka, “Do you remember which animals stay awake at night? They are called nocturnal.” Lais pun cuba jawab, “Owls and bats, Mama! They are nocturnal.” Dengan cara ni, mereka bukan saja belajar nama haiwan, tapi juga dapat faham konsep perkataan baru seperti ‘nocturnal’ dalam bahasa Inggeris. Aktiviti ni bukan saja menambah perkataan baru dalam vocabulary mereka, tapi juga membantu mereka faham konsep dengan lebih jelas.

6: Pujian dan Sokongan Membina Keyakinan

Pujian yang spesifik sangat penting untuk memotivasikan anak-anak. Bila mereka berjaya buat sesuatu dalam bahasa Inggeris, pastikan pujian yang kita beri tepat dan membina.

Contoh:
Satu hari, Lais berjaya jelaskan konsep pecahan dalam bahasa Inggeris, “Mama, this is half, and this one is a quarter.” Saya terus puji, “Wow, Lais! You did an amazing job explaining the fractions! MasyaAllah, you’re really getting better at understanding these concepts.” Pujian yang tepat buat mereka lebih yakin dan termotivasi untuk terus belajar bahasa Inggeris.

Anak Fasih Bahasa Inggeris

Bila anak berjaya buat sesuatu dalam bahasa Inggeris, pastikan anda berikan pujian yang tepat dan bermakna.

Baca Juga :Belajar Mengukur dengan Aktiviti Hands-On di Dapur

Walaupun anak-anak saya masih belum fasih sepenuhnya, saya dapat lihat perubahan yang positif. Mereka lebih berani mencuba, dan itu bagi saya adalah satu langkah besar ke arah fasih berbahasa Inggeris. Dengan kesabaran, sokongan, dan aktiviti yang menyeronokkan, saya percaya lama-kelamaan mereka akan jadi lebih yakin dan fasih dalam berbahasa Inggeris.

tips belajarbelajar englishbahasa Inggerismudah belajar bahasa

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan kini ibu yang tekad menjalankan homeschooling untuk anak-anak saya. Dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang pendidikan, saya bersemangat untuk berkongsi sumber, tips dan pengalaman saya dalam perjalanan homeschooling di website ini. Saya juga hasilkan planner homeschool yang direka untuk membantu ibu bapa mengatur pendidikan anak-anak mereka dengan lebih efektif.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis