Blog

5 Cara Perkenalkan Anak Konsep Tambah

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan

Mengajar anak konsep tambah tak perlu jadi sesuatu yang susah. Dengan pendekatan yang kreatif dan santai, kita boleh bantu anak faham tambah secara perlahan-lahan tapi berkesan.

Kali ni, saya nak share 5 cara yang boleh kita guna untuk kenalkan anak kepada konsep tambah. Dari gabungan set, guna garis nombor, ten frames, jadikan sepuluh hinggalah kepada cari nombor tambahan yang hilang.

Dengan teknik ni, anak-anak bukan saja belajar tambah, tapi juga seronok sambil belajar. Di sini saya kongsikan 5 Cara Perkenalkan Anak Konsep Tambah:

Penyatuan Set (Set Combination)

Cara pertama yang saya guna ialah dengan gabungkan dua set objek. Contohnya, kalau ada dua bola kuning dan tiga bola biru, kita gabungkan untuk jadi lima bola. Aktiviti ini bantu anak faham konsep “2 + 3 = 5” dengan visual. Sesuai sangat untuk bermula.

No photo description available.

Guna Garis Nombor (Number Line)

Menggunakan garis nombor untuk aktiviti tambah pula sangat efektif. Contohnya, kalau nak tambah “5 + 2” anak boleh lompat dari nombor lima dan kira dua langkah ke depan sampai ke nombor tujuh. Cara ini bantu anak faham proses menaikkan nombor dengan kiraan yang jelas.

No photo description available.

Ten Frames

Aktiviti ini menggunakan bingkai sepuluh kotak yang penuh dengan bulatan berwarna. Kalau soalan tambahnya “4 + 4” anak-anak boleh letakkan bulatan dalam bingkai, jadi mereka nampak jumlahnya adalah lapan. Ten Frames ini bagus untuk visual dan membina konsep mental math.

No photo description available.

Jadikan Sepuluh (Make Ten)

Untuk soalan macam “9 + 7” kita boleh pecahkan nombor supaya dapat sepuluh dulu, lepas tu tambah yang lebih. Contohnya, pecahkan tujuh kepada satu dan enam, jadi “9 + 1 = 10, 10 + 6 = 16.” Teknik ini sesuai bila anak-anak dah mula faham asas tambah.

No photo description available.

Cari Nombor Tambahan Hilang (Missing Addends)

Untuk membantu anak kira nombor yang hilang dalam persamaan seperti “? + 5 = 8,” kita boleh buat satu diagram atau peta nombor yang tunjuk kaitan antara nombor. Dengan cara ni, anak-anak belajar cari nombor yang tak ada sambil seronok berfikir.

No photo description available.

Baca juga: Aktiviti Belajar Menambah Dalam Lingkungan 1 Hingga 10

Akhirnya, bila kita gunakan kaedah visual dan praktikal macam ni, anak-anak bukan saja cepat faham, tapi makin suka dengan matematik. Aktiviti-aktiviti ni boleh dibuat dengan bahan yang simple je kat rumah, jadi tak perlu risau tentang kos atau persediaan yang rumit.

Yang penting, anak-anak dapat asas yang kuat dan mula yakin dengan kiraan tambah. So, jom kita mula perlahan-lahan, bantu anak minat matematik dari awal lagi

efektifvisualnombortambah

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis