Kadang-kadang, sebagai ibu bapa homeschool, kita mesti tertanya-tanya, “Anak aku ni dah maju ke belum?” Tak ada report card atau ujian formal macam kat sekolah biasa, jadi macam mana nak tahu anak kita dah capai kemajuan yang sepatutnya? Jangan risau, ada cara-cara mudah dan santai untuk kita tengok perkembangan anak-anak dalam homeschool. Jom tengok apa yang kita boleh buat!
1. Tengok Perkembangan Harian
Salah satu cara paling mudah nak tengok kemajuan anak ialah dengan perhatikan perkembangan harian mereka. Lais dah makin cepat buat kira-kira? Qais dah makin lancar membaca? Kalau kita nampak ada perubahan positif dalam apa yang mereka buat setiap hari, itu dah tanda mereka makin maju. Jangan lupa puji usaha mereka kerana pujian tu boleh jadi motivasi besar untuk mereka terus improve.
2. Bandingkan dengan Pencapaian Sebelumnya
Salah satu cara lain ialah dengan bandingkan kemajuan mereka sekarang dengan apa yang mereka boleh buat dulu. Contohnya, mungkin dulu Lais ambil masa lama nak faham konsep pecahan, tapi sekarang dia dah boleh buat tanpa banyak masalah atau dulu Qais tak suka menulis, tapi sekarang dia dah mula enjoy buat karangan pendek. Bila kita nampak perbezaan ni, begitulah saya boleh tahu mereka memang makin maju.
3. Gunakan Homeschool Planner
Kalau nak tengok perkembangan anak-anak dengan lebih teratur, homeschool planner boleh jadi kawan baik kita. Dalam homeschool planner, kita boleh catat setiap kemajuan yang anak-anak capai, apa yang mereka dah belajar, apa yang mereka masih struggle dan apa target seterusnya. Dengan cara ni, kita boleh tengok secara jelas perkembangan mereka dari masa ke masa. Plus, planner ni boleh bantu kita rancang pelajaran seterusnya berdasarkan kemajuan mereka. Bagi yang belum dapatkan, boleh dapatkan dekat sini ya.
4. Libatkan Anak dalam Penilaian
Kadang-kadang, anak-anak sendiri tahu apa yang mereka dah kuasai dan apa yang mereka perlu improve. Tanyalah mereka, “Lais, rasa dah faham ke semua topik dalam matematik ni?” atau “Qais, mana satu aktiviti yang Qais rasa paling senang buat?” Dengan melibatkan mereka dalam proses penilaian, kita bukan je boleh dapat feedback yang jujur, tapi juga boleh ajar mereka tentang tanggungjawab dalam pembelajaran mereka sendiri.
5. Gunakan Projek atau Aktiviti Hands-On
Projek atau aktiviti hands-on boleh jadi cara best nak tengok kemajuan anak. Contohnya, kalau Lais buat projek sains dan berjaya tunjukkan kefahaman tentang konsep yang dia belajar, itu dah tanda yang dia faham dan boleh apply apa yang dia belajar. Atau kalau Qais buat model bangunan guna Lego dan faham tentang struktur yang dia bina, itu juga satu tanda dia dah faham konsep asas yang dia belajar.
6. Tengok Minat dan Motivasi Mereka
Anak-anak yang makin maju biasanya akan tunjuk lebih minat dan motivasi dalam pembelajaran mereka. Kalau mereka makin bersemangat nak belajar topik baru, atau tiba-tiba tunjuk minat mendalam dalam sesuatu subjek, itu tanda yang mereka dah mula kuasai asas dan ready untuk explore lebih lagi.
7. Ambil Masa untuk Refleksi
Kadang-kadang, penting juga untuk kita ambil masa duduk dan fikir balik tentang kemajuan anak-anak. Apa yang mereka dah capai setakat ni? Apa yang mereka struggle? Dengan refleksi ni, kita boleh dapat gambaran yang lebih jelas tentang di mana mereka sekarang dan ke mana arah tuju pembelajaran mereka.
Baca juga : Tips Galakkan Anak Minat Membaca
Kemajuan Tak Semestinya Tentang Markah
Ingat, kemajuan dalam homeschool tak semestinya diukur dengan markah atau ujian semata-mata. Hal ini lebih kepada perkembangan yang kita nampak dalam kehidupan seharian anak-anak, dari kefahaman mereka dalam subjek, minat yang mereka tunjuk, sampai ke keyakinan mereka dalam apa yang mereka buat. Jadi, teruskan beri sokongan dan galakan kepada anak-anak dan ingat yang setiap langkah kecil pun adalah satu kemajuan besar!

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.