Blog

Aktiviti Homeschool Bertemakan Construction

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan

Kanak-kanak lelaki, memang teruja dengan dunia construction. Setiap kali nampak excavator, bulldozer atau cement truck, mereka akan bersorak dan mula bercerita tentang pelbagai jenis mesin tersebut.

Anak-anak saya pun tak terkecuali, dulu rasa macam semua sama je, tetapi selepas tahu dengan minat anak, akhirnya belajar juga perbezaan antara dump truck dan backhoe.

Untuk homeschooling kali ini, kami pilih tema construction sebagai fokus untuk aktiviti-aktiviti hands-on yang melibatkan empat skop utama: Read Aloud, Literacy, Math dan Science/Art/Social Study/Craft.

Dengan tema ini, anak-anak boleh belajar sambil bermain, mendalami konsep-konsep menarik dalam suasana yang menyeronokkan!

Learning Words with Nuts and Bolts

Aktiviti ini menggunakan nat dan bolt sebagai alat untuk membina perkataan. Kanak-kanak boleh menyusun nat yang berhuruf pada bolt mengikut huruf untuk membentuk perkataan seperti ‘bag’ atau ‘tag’.

Aktiviti ini meningkatkan kemahiran motor halus sambil memperkukuhkan penguasaan huruf dan suku kata.

No photo description available.

Nail the Pattern

Dalam aktiviti ini, kanak-kanak memukul pin warna ke dalam bekas telur mengikut corak yang diberikan.

Aktiviti ini membantu anak-anak belajar mengenal pola dan urutan, sambil melatih kemahiran koordinasi tangan-mata.

No photo description available.

Recycled Bridge Building – STEM Activity

Dengan menggunakan batang aiskrim berwarna dan cawan kertas, kanak-kanak boleh membina jambatan mini.

Ini adalah aktiviti STEM yang memberi mereka peluang untuk meneroka aspek kejuruteraan secara kreatif dan memahami konsep keseimbangan.

No photo description available.

Colourful House Craft

Aktiviti kraf ini melibatkan pemotongan dan penyusunan kertas warna untuk membentuk rupa rumah.

Ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenal bentuk asas sambil mengasah kreativiti mereka.

No photo description available.

Block Pattern Painting

Dalam aktiviti ini, kanak-kanak menggunakan blok untuk melukis corak di atas kertas.

Aktiviti ini menggabungkan seni dan kreativiti sambil membantu anak-anak memahami pola dan warna.

No photo description available.

Construction Zone Diorama

Diorama bertemakan ‘construction zone’ ini memberikan anak-anak peluang untuk bermain imaginatif.

Mereka boleh menggunakan patung dan kenderaan mini untuk mencipta senario tapak pembinaan, melibatkan mereka dalam pembelajaran sosial dan bahasa.

No photo description available.

Construction Worker Ten Frames

Menggunakan papan sepuluh bingkai, kanak-kanak boleh meletakkan item seperti batu kecil mengikut bilangan yang diberikan.

Aktiviti ini membantu mereka dalam kemahiran pengiraan dan asas nombor.

No photo description available.

Literacy Sensory Bin

Dalam sensory bin ini, terdapat huruf dan perkataan yang kanak-kanak boleh cari sambil bermain dengan bahan sensory seperti bijirin atau beras berwarna.

Ini adalah cara yang menyeronokkan untuk menguatkan kemahiran literasi dan perkataan.

No photo description available.

Pattern in Progress

Aktiviti ini menggunakan blok kecil berwarna untuk mencipta dan meneruskan pola.

Ia mengajar anak-anak mengenal dan mencipta pola, satu kemahiran yang penting dalam Matematik awal.

No photo description available.

Under Construction Sight Words

Di dalam aktiviti ini, kanak-kanak memadankan sight words yang diberikan menggunakan alat dan elemen bertemakan ‘construction.’

Ini membantu memperkenalkan mereka kepada perkataan asas dalam bahasa secara interaktif.

No photo description available.

Aktiviti Measure and Compare

Dalam aktiviti ini, anak-anak akan menggunakan blok untuk mengukur dan membandingkan panjang alat-alat pembinaan.

Aktiviti ini membantu mereka memahami konsep ukuran dan perbandingan, yang merupakan asas penting dalam matematik.

Anak-anak akan seronok menyusun blok sambil membandingkan alat-alat yang mereka suka.

No photo description available.

Aktiviti Construction Tools Pattern

Aktivity ini melibatkan meniru corak menggunakan gambar alat pembinaan seperti hammer, screwdriver, dan drill. Aktiviti ni bukan sahaja merangsang daya ingatan dan kemampuan meniru corak, tetapi juga membantu anak mengenal pasti alat dan fungsi setiap satu.

Dengan cara ini, mereka bukan saja belajar melalui visual, tetapi juga memahami urutan dan pola dengan cara yang menyeronokkan.

No photo description available.

Baca juga: Aktiviti ‘Dino Frozen Egg’ untuk Homeschool

Tema construction bukan sahaja membuatkan anak-anak gembira tetapi juga membuka peluang pembelajaran yang luas melalui aktiviti kreatif dan bermakna.

Melalui aktiviti-aktiviti yang menyentuh pelbagai subjek seperti Read Aloud, Literacy, Math dan sains, anak-anak dapat mengenal dunia construction dengan lebih mendalam, sekaligus mengasah kemahiran kognitif dan fizikal mereka.

Selain daripada belajar tentang mesin-mesin berat, mereka juga mempelajari nilai kerja keras, kerjasama, dan kesabaran. Semoga tema ini memberikan inspirasi kepada anak-anak untuk terus eksplorasi dunia di sekeliling mereka dengan penuh rasa ingin tahu!

motor haluskemahirankoordinasimesin

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis