Memperkenalkan anak-anak kepada Pendidikan Islam dari usia pra-sekolah adalah satu langkah penting dalam membina asas keimanan dan nilai-nilai murni dalam diri mereka.
Melalui aktiviti homeschool bertemakan Pendidikan Islam, kita boleh membantu anak-anak mengenal Allah, mengenal Rasulullah dan memahami asas-asas agama secara santai dan menyeronokkan.
Aktiviti-aktiviti ini direka khusus untuk anak pra-sekolah dengan pendekatan yang kreatif dan berfokus pada perkembangan mereka.
Mari kita terokai 15 aktiviti yang bukan sahaja akan menceriakan sesi pembelajaran di rumah, tetapi juga menyemai cinta kepada Islam dalam hati anak-anak kita.
1. Halal Food Clothespin Wheel
Belajar kenal pasti makanan halal dan haram. Guna clothespin dapat kepit makanan halal. Sebelum ini anak-anak tahu makanan tak disembelih dan makanan dari sumber anjing dan babi serta alkohol yang haram. Tapi kali ini saya tambah juga beberapa jenis makanan haram yang baru anak tahu iaitu makanan jenis berbahaya, mudaratkan kesihatan dan kotor.
2. The Six Pillar of Iman
Yang ni belajar Rukun Imam. Saya buat dalam bentuk flip book jadi anak boleh buka dan tutup. Sambil buka anak boleh baca turutan Rukun Iman.
3. Playdoh Moon Phase
Walaupun scope learning rasa bulan ini tiada dalam Pendidikan Agama Islam Prasekolah, tapi saya tambah untuk beri kefahaman lebih anak mengenai kejadian Allah.
4. The Five Pillars of Islam
Anak-anak kalau hafal semata mereka tak teruja sangat. Jadi saya hasilkan bahan bantu belajar Rukun Islam dalam bentuk roda seperti ini. Jadi anak boleh gerakkan anak panah dan baca urutan Rukun Islam. Seronok!
5. Arabic Number Tower
Belajar nombor Arab. Flashcard ni pun saya buat simple saja sebagai pengenalan anak bentuk nombor Arab dan sebutan. Bila anak dah lancar saya ajak mereka belajar lagi nilai nombor tersebut. Paling senang buat Tower guna linking cube ni hihi
6. Hijaiyah Puzzle
Susun urutan huruf Hijaiyah dan anak-anak teruja dapat lihat gambar cantik yang di lukis oleh sahabat, Nurul Haziatul Munira Gambar ini khas dilukis mengikut tema ibadat Sunnah untuk dilakukan.
7. Spot The Sound Short Vowels
Selepas anak-anak dapat mengecam huruf hijaiyah, kita perkenalkan mereka bula huruf berbaris fathah, kasrah dan dhommah ini. Saya buat nota dekat tepi printable ni jadi kita boleh bacakan dulu untuk mereka. Lepas tu dengan menggunakan 3 dot marker yang mempunyai warna berbeza, bagi mereka buat pengecaman dengan dot kan mengikut baris. Tiada dot marker boleh juga pensel warna yaa
8. Read and Cover Angels and Their Duties
Kali ini pula belajar Rukun Iman kedua iaitu beriman kepada malaikat. Dekat printable ni saya buat kepada dua bahagian, satu tapaknya saya buat tugas malaikat, dan satu lagi printable untuk digunting ada nama atau jenis malaikat. Jadi, anak perlu padankan untuk skop tugas malaikat yang tepat.
9. The Beautiful Name Of Allah Clip Cards
Biasakan anak-anak mendengar nama-nama Allah. Dan seringkali kita pupuk elemen tauhid dalam diri anak-anak. Untuk aktiviti ini, anak-anak perlu baca nama Allah dan klip dengan maksud yang tepat.
10. Proclamation of Faith
Aktiviti bertemakan Akidah iaitu mendidik anak mengamalkan kalimah syahadah sebagai asas keimanan kepada Allah. Objektif aktiviti ini supaya anak-anak dapat menyebut kalimah syahadah dan menyatakan maksudnya. Diharapkan anak-anak kita semua dapat mengamalkan kalimah syadah ini dalam kehidupan insyaAllah.
Baca juga: Tips Mendidik Anak Hafal Surah
Mendidik anak-anak dengan aktiviti bertemakan Pendidikan Islam bukan sahaja menambah ilmu tetapi juga merapatkan hubungan kita dengan mereka dalam suasana yang penuh kasih sayang.
Aktiviti seperti ini dapat membantu anak-anak kita mengenal Islam dengan cara yang mudah dan menggembirakan. Ingatlah, anak-anak belajar melalui pengalaman dan keseronokan.
Jadi, setiap aktiviti kecil yang kita lakukan akan memberikan impak besar pada jati diri dan keimanan mereka di masa depan. Semoga aktiviti-aktiviti ini membawa manfaat kepada keluarga dan menjadikan masa homeschool anda lebih bermakna.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.