Blog

Sponge Painted Train

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan

Hari tu saya decide nak buat aktiviti seni yang simple tapi fun dengan anak-anak. Guna sponge dan watercolour je. Aktiviti ni saya namakan Sponge Painted Train dan honestly, saya tak expect ia akan jadi seseronok ni. Dengan hanya sponge dan warna, anak-anak dah boleh explore seni dengan cara yang kreatif dan bebas.

Langkah-Langkah Membuat Sponge Painted Train

Mula-mula, saya sediakan sponge kecil-kecil supaya senang dipegang oleh tangan kecil mereka. Kami pilih warna terang dari set watercolour biru, kuning, pink dan oren.

Saya tunjukkan cara celup sponge ke dalam warna, kemudian tekapkan atas kertas untuk hasilkan bentuk kotak sebagai gerabak keretapi.

Selepas semua gerabak siap, mereka tambah roda guna jari.

Celup jari dalam warna hitam, kemudian tekan bawah setiap gerabak.

Anak-anak suka part ni sebab mereka rasa macam betul-betul “membina” keretapi mereka sendiri. Setiap roda ada saiz dan bentuk berbeza, tapi itu yang buat keretapi ni unik.

Langit pun tak dilupakan. Si abang lukis matahari dengan warna kuning terang dan tambah cahaya oren melingkar. Si adik pula eksperimen buat awan biru guna jari.

Apa Yang Anak-Anak Dapat dari Aktiviti Ni?

Kreativiti Tanpa Batas

Anak-anak bebas pilih warna dan reka bentuk keretapi mereka. Tak ada “salah” dalam seni ni, semua adalah imaginasi.

Pengenalan kepada Warna dan Tekstur

Dengan watercolour dan sponge, mereka belajar campuran warna dan macam mana tekstur berubah bergantung pada cara sponge ditekan.

Motor Skills yang Lebih Baik

Aktiviti macam ni bantu refine pergerakan halus mereka. Tekan sponge, celup warna dan buat roda guna jari semuanya ada proses koordinasi.

Belajar Sabar

Anak-anak belajar proses. Mereka kena tunggu setiap warna kering dulu sebelum tambah detail lain. Ini secara tak langsung ajar mereka tentang kesabaran.

Quality Time dengan Mama

Aktiviti ni lebih dari seni. Ia jadi masa kami gelak, bercerita dan buat memori bersama. Setiap tawa dan kekecohan masa buat roda tu priceless.

Baca juga: Aktiviti Homeschool Bertemakan Construction

 Keretapi Pelangi yang Unik

Bila semuanya siap, lukisan tu penuh warna dan cerita. “Mama, ini keretapi yang boleh bawa kita pergi taman pelangi,” si abang cakap sambil tunjuk hasil lukisannya. Saya senyum puas tengok mereka happy. Aktiviti ni bukan sekadar seni atas kertas, tapi cara kami sambut hari dengan imaginasi dan kasih sayang.

senikreativitimemorikoordinasi

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis