Kita selalu lupa, kemahiran buat kerja sampai habis adalah skill yang orang dewasa pun struggle. Kita sendiri pun selalu lipat baju separuh lepas tu check wassap lepas tu tiba-tiba hilang momentum dan akhirnya kain pun tinggal terdampar atas sofa.
Target nak mop satu rumah, terfikir pula buat benda lain, jadi terus masuk dapur. Lepas tu ternampak mesin basuh belum dijemur terus sidai kain. Lepas jemur kain dahaga tiba-tiba dah buat air dan akhirnya mop pun tinggal tengah jalan.
Kita yang dewasa pun struggle, apatah lagi anak kecil.
Tapi bila saya baca tentang perkembangan otak kanak-kanak, barulah saya sedar sesuatu yang selama ni saya tak pernah fikir.
- working memory saya dah stable,
- prefrontal cortex saya dah matang,
- impulse control saya jauh lebih kuat,
- cognitive endurance saya lebih panjang,
tapi saya STILL struggle habiskan tugasan.
Jadi bila anak 7–10 tahun tinggal kerja separuh?
It’s not misbehaviour.
It’s not attitude.
And it’s not less effort.
It’s brain architecture in progress.
Rupa- rupanya, anak memang belum mampu buat tugasan panjang seorang diri. Mereka masih kecil dan otak mereka masih dalam fasa intense development.
Bukan sebab malas.
Bukan sebab tak fokus.
Dan bukan sebab nak mengelat.
Tapi sebab otak dia belum matang untuk ‘hold’ satu tugasan sampai penamat.
Jadi, saya mula ubah beberapa perkara, tapi kesannya masyaAllah sangat besar pada keluarga kami.
Disini saya kongsikan beberapa cara nak elakkan anak buat kerja tak habis
1. Jadikan tugasan “micro-task”, bukan “macro-task.”
2. Guna teknik “Visual Endpoint Cue”
3. Satu Arahan Satu Masa (One-Step Instruction)
4. Buat “Joint Start” iaitu Temankan 1-2 Minit Pertama
5. Guna Timer Mini 2-5 Minit
Baca juga:
15 Pembelajaran Dan Kemahiran Untuk Anak 5 Tahun
6. Raikan Progress, Bukan Kesempurnaan
Pendek kata, anak yang buat kerja tak habis bukan sengaja. Otak mereka memang belum cukup matang untuk pegang satu tugasan panjang sampai hujung.
Jadi kalau orang dewasa pun masih struggle, kenapa kita harapkan anak kecil buat lebih baik? Bila kita faham ini, kita berhenti marah dan mula menyokong. Dari situlah, anak perlahan-lahan belajar untuk sampai ke penamat dan bukan kerana dipaksa, tapi kerana otak mereka sudah bersedia.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.