Macam mana pun ada pro and cons bila TVET (Technical and Vocational Education and Training) diperkenalkan awal kepada murid Tahun Satu. Apa pun inisiatif, mesti ada kelebihan dan cabaran tersendiri.
Pro:
Practical Learning & Hands-On Skills
Dengan TVET, anak-anak tak hanya belajar teori, tapi mereka buat sendiri, banyak aktiviti hands-on.
Aktiviti ni develop skill yang mereka boleh guna dalam kehidupan harian seperti cara guna alat-alat yang simple dan selamat, , berkebun menanam, belajar penyediaan makanan dan buat projek reka bentuk simple. Itupun kalau betul caranya, bukan sekadar teori dalam buku je.
Fun & Engaging
TVET buat pembelajaran lebih menyeronokkan. Anak-anak lebih enjoy dengan aktiviti fizikal. Mereka dapat belajar sambil bermain dan meneroka, which is much more fun dan relatable untuk usia mereka. Tapi harapnya memang takde silibus yang kompleks yang buat anak-anak ni terbeban nanti.
Bina Kemahiran Hidup Awal
Dengan pendedahan TVET ni, mereka mula belajar kemahiran hidup dari kecil. Tak semua benda boleh kita ajar dengan teori semata-mata. Ada yang kena buat sendiri baru mereka faham, especially dalam hal-hal macam asas DIY, kerja tangan atau kemahiran asas yang pratikal. Cuma, sebelum diperkenalkan TVET, basic life skills tu penting juga. Pastikan anak Tahun 1 ni at least patut pandai urus diri sendiri dulu, tak gitu?
Persiapan Untuk Dunia Kerjaya Seawal Mungkin
Dunia sekarang ni makin memerlukan tenaga kerja yang versatile dan kreatif. Dengan asas TVET, anak-anak kita dah ada exposure pada kemahiran yang mungkin membantu mereka pada masa depan.
Bukan hanya dalam akademik, tapi dalam career-oriented skills juga. Tapi, jangan sampai memaksa sangat. Sebab minat dan kemampuan setiap anak tu tak sama. Biar mereka explore dulu dengan enjoy tanpa pressure.
Cons
Tekanan Pada Anak-Anak
Walaupun aktiviti TVET ni nampak fun, ada juga risiko tekanan kalau silibus tu terlalu padat atau expectation terlalu tinggi. Anak-anak ni baru nak mula sekolah, kadang-kadang kita tak mahu bebankan mereka dengan pelbagai kemahiran yang mungkin mereka tak ready lagi.
Kekurangan Fokus Pada Asas Akademik
Ada parent yang risau bila TVET diperkenalkan awal, takut anak-anak kurang fokus pada asas-asas akademik seperti asas membaca, menulis dan mengira. Kalau tak balance, mungkin TVET overshadow subjek-subjek penting lain.
Kemungkinan Parents Banyak Terlibat
Kadang-kadang kerja kursus atau projek-projek TVET ni memerlukan bantuan parents. So, ada kemungkinan parents yang terpaksa “masuk campur” buat assignment atau projek, which can be exhausting. Tu tak cerita lagi yang last bukan anak siapkan projek, tapi parents.
Risiko ‘Surface Learning’
Kalau TVET ni lebih kepada exposure tapi tak disusun dengan baik, mungkin anak-anak hanya dapat “surface learning”. Sekadar buat sikit-sikit tapi tak betul-betul faham atau mendalami skill yang diajar. Kita nak anak-anak belajar asas, tapi juga dengan pemahaman yang solid.
Baca juga: Kepentingan Dedahkan Anak Dengan Outdoor Activities and Play
Bagi saya, kemahiran ni, kalau betul caranya, anak-anak lagi enjoy. Mereka akan lebih happy buat aktiviti, taklah rasa bosan dengan silibus yang penuh teori.
TVET ni bukan beban untuk mereka, tapi satu cara untuk bagi kegembiraan dan excitement dalam belajar.
Apa pun, haraplah elemen yang akan diperkenalkan tak terlalu ‘deep’ sampai anak-anak terbeban, tapi lebih kepada awareness dan experiences.
Bila kita dapat balance, barulah pendidikan TVET ni betul-betul bagi impak yang positif dan buat anak-anak enjoy belajar insyaAllah.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.