Blog

Pernah Tak Rasa Macam Kita Ni Tak Cukup Baik

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Parenting

Kadang-kadang bila tengok orang lain yang juga berstatus sama iaitu seorang ibu, rasa macam mereka ni perfect sangat dan macam kita rasa tak cukup baik.

Anak-anak mereka selalu behave, rumah sentiasa teratur dan seolah-olah semua benda dalam hidup diorang berjalan lancar.

Kita mula rasa, “Kenapa aku tak boleh jadi macam tu, tak cukup baik ke aku?”

Hari-Hari yang Sukar

Saya pernah ada hari-hari macam tu.

Pagi tu mungkin saya bangun dengan semangat nak jalankan homeschool ikut jadual yang dah rancang, tapi lepas tu semuanya berubah bila anak-anak mula buat perangai.

Satu masa tengah hari, dapur dah bersepah, anak tak nak belajar, rumah macam kapal karam, dan saya pun mula rasa down. Terfikir, “Kenapa aku tak boleh jadi macam mak-mak lain? Macam ada yang tak kena dengan aku.”

Tapi bila saya duduk dan fikir semula, saya sedar.

Tak ada ibu yang sempurna. Apa yang kita nampak pada orang lain tu hanyalah sebahagian kecil dari hidup diorang.

Kita tak nampak hari-hari susah diorang, kita tak nampak struggle yang diorang hadapi. Mungkin mereka nampak tenang dari luar, tapi siapa tahu apa yang mereka lalui di belakang tabir, kan?

Dalam hidup kita sendiri, ada hari di mana semuanya rasa terkawal.

Anak-anak dengar cakap, homeschool jalan lancar, rumah pun okay.

Tapi ada hari yang penuh chaos, dan kita mula rasa macam gagal. Itu normal.

Setiap ibu akan alami benda yang sama

Belajar untuk Tidak Sempurna

Yang paling penting, saya belajar yang kita tak perlu jadi sempurna.

Anak-anak tak perlukan ibu yang selalu ada jawapan betul atau yang tak pernah buat silap. Mereka perlukan ibu yang hadir untuk mereka, yang sedia dengar, yang cuba setiap hari walaupun kita sendiri kadang-kadang letih dan tak tahu apa nak buat.

Mereka perlukan ibu yang cuba walaupun hari tu rasa serba tak kena.

Bila saya rasa teruk, saya selalu ingatkan diri sendiri, menjadi ibu bukan tentang kesempurnaan.Tapi tentang usaha dan kasih sayang.

Anak-anak tak akan ingat berapa kali kita gagal, tapi mereka akan ingat moment kita ada untuk diorang, momen kita gelak bersama, belajar bersama dan hadapi semua cabaran tu bersama-sama.

Baca juga: Cabaran jadi ibu

Jadi, bila kita rasa tak cukup, ingatlah anak-anak tak perlukan ibu yang sempurna.

Mereka hanya perlukan kita yang selalu ada untuk mereka, yang sanggup bangun setiap kali kita jatuh dan yang sentiasa beri kasih sayang, tak kira macam mana keadaan kita hari tu.

Sempurna memang tak wujud, tapi kehadiran dan kasih sayang kita, itulah yang anak-anak paling hargai.

ibuperasaancukup baiksempurna

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis