Jadi ibu, tak semua hari yang kita lalui akan berjalan lancar.
Pasti ada hari kita menghadapi cabaran, ketidaksempurnaan dan kesusahan dalam proses membesarkan anak-anak.
Setiap hari adalah cabaran baru, dan jujur tak mudah sebenarnya nak belajar adaptasi situasi yang berubah-ubah.
Macam mana nak urus anak-anak yang pelbagai personaliti?
Melayan karenah mereka yang bermacam ragam?
Sambil selesaikan kerja rumah yang tak sudah-sudah?
Benar, bukan satu situasi yang mudah.
Ternyata jadi ibu bukanlah tugas yang mudah.
Banyak kali kita terbatas dalam mengawal anak-anak kita
Sebenarnya, Allah menguji kita dengan berbagai cara, dan anak-anak kita mungkin salah satu ujian.
Apabila kita menerima ujian ini dengan hati terbuka dan bersedia untuk memperbaiki diri, kita akan mendapati bahawa kita belajar untuk individu yang lebih kuat dan lebih dekat dengan Allah.
Kawal perasaan juga ujian.
Kadang-kadang kita rasa marah atau frust, tapi cuba untuk belajar kawal perasaan dan jangan melepaskan marah kepada anak-anak.
Belajar cara disiplin anak-anak tanpa melukakan fizikal atau emosi mereka juga satu ujian.
Atas sebab itu, kita tetap perlu cuba untuk cari cara yang efektif tapi juga mengajar mereka tentang kesalahan.
Jadi ibu ni memang penuh ujian, tapi dalam ujian tu, kita sebenarnya jadi lebih kuat.
Yang lebih sabar.
Yang lebih tenang.
Yang senang berdamai dengan takdir.
Anak-anak adalah ujian dari Allah untuk memperbaiki diri kita sebagai ibu.
Inilah peluang untuk kita merenung dan menilai diri, meningkatkan amalan kita, insyaAllah.
Hanis Athirah Rusli
Seorang ibu yang baru melepasi ujian ini pagi tadi dengan tenang,
dan tahu lepas ni mungkin ada ujian yang tak akan senang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.