Blog

Bagi Lembaran Kerja Banyak Untuk Anak Pandai?

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan

Anak umur 4 hingga 6 tahun ni, mereka masih dalam fasa nak explore dunia dengan cara yang seronok dan kreatif. Kalau bagi lembaran kerja banyak-banyak, kadang-kadang boleh buat mereka rasa bosan atau tertekan.

Pada umur ni, pembelajaran terbaik adalah melalui permainan, aktiviti praktikal dan pengalaman hands-on.

Kesilapan yang Dipelajari

Saya sendiri pernah buat kesilapan. Saya ingatkan dengan bagi lembaran kerja setiap hari, anak-anak akan cepat pandai.

Tapi, realitinya lain. Masa anak sulung saya umur 5, saya bagi beberapa helai lembaran untuk menulis huruf.

Dia semangat pada mulanya, tapi tak sampai setengah jam, dia dah mula resah, bosan dan hilang minat.

Saya pun pelik, sebab dia suka belajar, tapi kenapa cepat sangat dia bosan?

Pendekatan Baharu: Aktiviti Hands-On

Lepas tu, saya cuba cara lain. Saya ajak dia buat aktiviti yang lebih hands-on.

Kami buat aktiviti lukis huruf guna jari dalam pasir, buat bentuk huruf guna tanah liat  dan kadang-kadang, saya ajar dia huruf-huruf sambil main di luar, sambil petik bunga atau cari batu.

Memang nampak simple, tapi dia lebih seronok dan tanpa dia sedar, sebenarnya dia tengah belajar. Dia jadi lebih berminat dan pembelajaran tu jadi sebahagian daripada rutin yang dia suka.

Anak-anak pada umur ni sebenarnya banyak belajar melalui pengalaman dan deria mereka.

Kita boleh ajar konsep asas macam nombor, huruf, warna dan bentuk dengan aktiviti macam melukis, mewarna, main teka-teki,atau bahkan melalui aktiviti harian macam bantu kat dapur.

Contohnya, masa buat biskut, kita ajar mereka kira bahan, kenal warna dan bezakan bentuk.

Semua ni membantu perkembangan otak mereka dengan cara yang seronok dan tak terikat.

Bila mereka dapat belajar dengan cara yang lebih santai dan menyeronokkan, mereka sebenarnya lebih mudah serap ilmu.

Saya sedar yang pada umur ni, fokus kita bukan untuk mereka hafal banyak benda atau selesaikan lembaran kerja setiap hari, tapi lebih kepada tanam minat dan semangat untuk belajar.

Sebab bila anak seronok, mereka sendiri akan cari peluang untuk belajar lebih banyak.

Baca juga: Aktiviti Anak Berusia 4 tahun

Jadi, tak perlu risau kalau kita tak bagi lembaran kerja banyak-banyak pada usia ni.

Yang penting, kita bagi mereka ruang untuk explore, bermain dan belajar ikut cara mereka sendiri.

Kadang-kadang, benda yang kita anggap kecil macam melukis di luar atau buat eksperimen simple, sebenarnya beri impak besar pada perkembangan mereka.

Yang penting, kita kena ikut rentak anak-anak, biar mereka belajar sambil menikmati masa kanak-kanak mereka.

belajarilmueksperimenlukis

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis