Blog

Twinkl Untuk Homeschool

oleh Hanis Athirah dalam Resources

Kalau sedang cari bahan Twinkl untuk homeschool yang saya sendiri guna dan memang proven berkesan, ini untuk anda.

Sebagai Twinkl Teacher Ambassador, saya diberi peluang untuk compile sendiri satu pack khas berdasarkan bahan kegemaran saya.

Hari ni saya nak kongsi sesuatu yang sangat dekat dengan hati saya 
Twinkl Ambassador Resource Pack: Teacher Hanis’s Picks

Saya suka guna Twinkl untuk homeschool sebab bahan dia fleksibel dan senang disesuaikan ikut gaya anak-anak saya.

Dalam pack ni, saya kumpulkan pilihan terbaik daripada Twinkl untuk homeschool  dari worksheet sampai ke unit study.

Ini adalah bahan-bahan pilihan saya sendiri, yang saya dah guna dalam homeschool anak-anak. Semuanya boleh dimuat turun secara percuma dan saya pilih berdasarkan apa yang paling membantu dan menjimatkan masa kami.

Apa Yang Buat Twinkl Istimewa Untuk Kami?

Masa mula-mula saya terjun ke dunia homeschool, saya tercari-cari platform yang boleh bantu saya rancang pembelajaran anak dengan lebih sistematik, tapi tetap fleksibel. Dari situlah saya kenal Twinkl satu laman pendidikan yang menyediakan ribuan bahan untuk pelbagai tahap dan gaya pembelajaran.

Twinkl ni asalnya dari UK, tapi pengguna dia dah sampai ke seluruh dunia  termasuk komuniti homeschool di Malaysia. Saya sendiri dah guna bahan Twinkl bertahun-tahun dan memang jadi salah satu sumber utama dalam homeschool kami sampai hari ni.

Kalau nak tahu kisah saya mula-mula kenal Twinkl dan kenapa saya anggap platform ni banyak selamatkan emosi saya sebagai homeschool mom, boleh baca post ni:

👉Duta Twinkl Malaysia: Perjalanan Saya Sebagai Homeschool Mom

 Antara Jenis Bahan Yang Ada Dalam Twinkl:

✅ Worksheet lengkap ikut subjek dan tahap umur
✅ Aktiviti DIY dan projek craft untuk pembelajaran hands-on
✅ Writing pack, phonics dan literacy support
✅ Topik tematik (unit study) yang sesuai untuk integrated learning
✅ Bahan pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab

Kalau sedang cari idea aktiviti menyeronokkan untuk anak cuti sekolah, Twinkl juga ada senarai idea best yang boleh cuba kat rumah.
👉 The Top 10 Fun School Holiday Activities for Kids in Malaysia (Twinkl Blog)

 Inilah Antara Bahan Dalam Resource Pack Saya

Saya pilih semua ni sendiri, berdasarkan apa yang saya guna untuk anak-anak saya  dan yang saya tahu ramai homeschool parents akan suka!

📌 Poster grammar (verbs, nouns, adjectives, adverbs)
📌 Homeschool checklist & supply list
📌 Aktiviti warna & coding pixel (Math + fun!)
📌 Thematic learning untuk Islamic Studies & Science
📌 Worksheet interaktif untuk Bahasa Melayu, termasuk Penjodoh Bilangan
📌 Life Skills dan Unit Study yang lengkap

Semua ni anda boleh dapatkan percuma bulan ini, khas melalui link di bawah.

📥 Klik Sini Untuk Download Percuma:

Sesuai untuk anak-anak homeschool, cikgu yang nak bahan cepat atau mak ayah yang nak bantu anak belajar dari rumah dengan cara yang menyeronokkan.

Penutup

InsyaAllah saya akan terus share bahan-bahan yang kami guna sendiri dari masa ke semasa.
Doakan agar usaha kecil ni bermanfaat dan dapat bantu lebih ramai mak ayah dalam perjalanan pendidikan anak-anak masing-masing.

Kalau dah download dan guna, jangan lupa tag saya atau DM cerita sikit pengalaman homeschool anak guna bahan ni. Saya sangat suka baca dan dengar cerita masing-masing ❤️

Seorang bekas guru KPM dan kini ibu yang tekad menjalankan homeschooling untuk anak-anak saya. Dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang pendidikan, saya bersemangat untuk berkongsi sumber, tips dan pengalaman saya dalam perjalanan homeschooling di website ini. Saya juga hasilkan planner homeschool yang direka untuk membantu ibu bapa mengatur pendidikan anak-anak mereka dengan lebih efektif.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis