Sebenarnya terdapat banyak sangat jenis puzzle untuk meransang otak untuk membentuk kemahiran berfikir secara logik. Selain itu, bermain puzzle sangat bagus dalam perkembangan kanak-kanak. Memandangkan anak sulung Anis, Ahza seorang yang visual learner jadi Anis suka sediakan puzzle sebagai bahan untuk tingkatkan lagi persepsi visual.
Puzzle sangat bagus untuk meningkatkan
- Kemahiran menyelesaikan masalah
- Kemahiran motor halus
- Koordinasi mata dan tangan
- Memori visual
- Persepsi visual
Untuk perkenalan anak puzzle, sebaiknya pilih yang mudah dulu seperti knob puzzle. Bila anak berjaya melepasi level tertentu, boleh tingkatkan lagi level anak. Sebenarnya ada banyak sangat pilihan puzzle dan dekat sini Anis nak kongsikan beberapa jenis puzzle yang sesuai untuk peringkat umur anak-anak.
Nak banyak lagi info mengenai puzzle? Dekat sini saya kongsikan beberapa pautan aktiviti guna puzzle.
Rubic Cubes
Puzzle yang dapat rangsang otak kiri dan kanan anak. Bila main sambil tutup mata pula dapat aktif otak tengah anak-anak.. Selain tu dapat latih jari anak untuk bergerak pants dan kemahiran motor anak akan meningkat.
Growth Puzzle
Montessori inspired puzzle yang sangat seronok dan sesuai untuk anak berusia 2 tahun lebib ke atas. Boleh ceritakan anak life cycle sambil anak apply ke atas puzzle.
Knob Puzzle
Puzzle yang sesuai untuk anak-anak kecil. Melatih pincer grasp anak-anak dan tingkatkan visual mereka.
Pixy Cubes Puzzle
Biasanya didatangkan dengan kad berwarna warni. Melatih spatial reasoning dan tingkatkan memori anak. Berikan anak kebebasan untuk pilih design mereka dan explore menggunakan kreativiti mereka.
Tetris Puzzle
Dulu ingat lagi main game tetris ni kan.. Main susun-susun tak nak bagi jatuh. Menguji kesabaran anak untuk dapatkan penyusunan yang sempurna. Dapat berikan anak pengalaman pembelajaran yang bermakna. Para saintis ada buat kajian ynag mengatakan permainan ini dapat tingkatkan lagi intelligence level.
Expression Puzzle Block
Puzzle yang sangat awesome untuk anak kenalpasti jenis-jenis emosi. minta anak pilih dan bentukkan eksperesi yang sama. Selepas itu, minta anak buatkan memek muka yang serupa.
Magnetic Tangram
Tangram ni sesuai untuk anak 3 tahun ke atas. Saya suka yang jenis magnetic kerana anak boleh gunakan di mana saja mereka berada. Tahap permainan Tangram ini akan menjadi semakin kompleks dan mencabar untuk peringkat dewasa. Apa yang hendak ditekankan di sini adalah tidak kira kebolehan, umur dan masa, anda sentiasa boleh berimaginasi dan bermain dengan Tangram mengikut kesuaian diri anda dan anak-anak.
Wooden Puzzle Block
Wooden Puzzle ini sangat menarik untuk anak meneroka dan mencari penyelesaian sendiri. Selain menyelesaikan, anak dapat belajar stacking dan keseimbahan. Untuk details saya ada dekat sini.
Slot Puzzle
Slot puzzle juga sesuai untuk anak-anak kecil. Nampak senang tapi bagi anak kecil mereka akan sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah dengan masukkan block ke dalam block. Boleh latih anak mengecam bentuk.
Baca juga: Life Cycle Toys Review

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.