Blog

Ajar Anak ‘Delayed Gratification’ dengan Cara Simple

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Parenting
Delayed Gratification’

Pernah tak anak minta beli mainan atau aiskrim dan kita terus bagi sebab tak sanggup tengok mereka merajuk? Alahai, siapa je yang tak cair tengok muka comel tu, kan? 😅  Tapi sebenarnya, ada satu kemahiran penting yang boleh kita ajar mereka dari situ, iaitu sabar. Dalam istilah psikologi, kita panggil ni sebagai ‘delayed gratification’ atau bahasa mudahnya, kemampuan untuk menunggu demi sesuatu yang lebih baik.

Kenapa nak ajar sabar ni penting?

Sebab bila anak-anak belajar untuk tunggu dan bersabar, mereka akan lebih mudah mengawal diri bila berdepan dengan godaan. Mereka akan faham, tak semua benda boleh dapat sekarang dan ada kalanya kita kena tunggu untuk sesuatu yang lebih berbaloi. Ini bukan je membantu mereka waktu kecil, tapi juga sepanjang hidup mereka. 

Nak mula ajar anak-anak sabar? Senang je!

Mula dengan benda kecil dulu. Contohnya, bila mereka minta sesuatu, cuba minta mereka tunggu beberapa minit. “Adik nak aiskrim? Ok, boleh… tapi lepas kita habiskan makan malam, ya?” Cara ni ajar mereka untuk bersabar dan tahu mereka tetap akan dapat apa yang mereka nak, tapi dengan syarat mereka sabar dan patuh.

Boleh juga latih mereka untuk menabung.

Bila anak-anak ada impian nak beli sesuatu, minta mereka simpan duit sikit-sikit dari duit belanja atau duit raya. Contoh, “Kalau abang betul-betul nak beli set Lego tu, jom kita simpan duit sikit-sikit setiap minggu. Nanti cukup, kita beli sama-sama, ok?”

Bila mereka berjaya capai target simpanan dan dapat beli apa yang mereka impikan, percayalah, mereka akan rasa puas hati dan bangga dengan diri sendiri! 💪

Jadikan rutin harian sebagai peluang latih sabar.

Contohnya, waktu nak makan kek, minta mereka duduk dan tunggu sampai semua orang siap. Ajar mereka susun mainan sebelum dapat hadiah tambahan. Semua ni nampak kecil, tapi kesan dia besar dalam membantu mereka faham konsep ‘delayed gratification.’

Baca juga: Cara Urus Emosi Anak Tanpa Marah-Marah

Delayed Gratification’

Anak-anak mungkin kecil, tapi semangat dan kesabaran yang kita ajar sejak awal ni akan jadi ‘senjata’ untuk mereka dalam hadapi kehidupan yang penuh cabaran. Ajar mereka sabar dari kecil, insyaAllah mereka akan lebih cekal dan kuat bila besar nanti. 😊

Nak lagi tips parenting yang simple dan praktikal? Stay tuned! ❤️

 

sabardelayed gratificationmenabungajar

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis