Kita ni, sebagai mak ayah, bukan tak sayang anak. Tapi kadang-kadang bila emosi anak-anak tu macam roller coaster, memang boleh buat kita hilang sabar. Lagi-lagi bila dah penat seharian, tiba-tiba anak tantrum, menjerit atau menangis sebab benda-benda kecil. Betul tak?
Sebenarnya, kita tak perlu selalu marah untuk urus emosi anak, tapi pada masa yang sama, tak bermakna kita biarkan je mereka. So, macam mana nak urus emosi anak dengan lebih realistik? Jom tengok!
1. Dengar dan Validasi Perasaan Anak
Kadang kita rasa emosi anak-anak tu tak logik, kan? Tapi bagi mereka, itulah dunia. Jadi, cuba untuk dengar dulu apa yang mereka nak sampaikan. Contohnya, kalau mereka menangis sebab tak dapat mainan, boleh cakap, “Mama tahu adik rasa sedih sebab tak dapat main mainan tu sekarang.” Validasi perasaan anak tu penting, supaya mereka rasa difahami.
2. Beri Batasan dengan Tegas Tapi Tenang
Bila anak mula meluahkan perasaan dengan cara yang tak betul, macam menjerit atau menangis berpanjangan, ingat kita perlu ada batasan. Tapi bukan dengan cara marah-marah. Tegas dengan kata-kata, “Mama faham adik marah, tapi tak boleh jerit-jerit. Bila adik dah tenang, kita boleh cakap elok-elok.” Mereka belajar bahawa emosi tu normal, tapi cara menyampaikannya perlu dikawal.
3. Buat Anak Faham Sebabnya
Kadang kita bagi arahan “Jangan buat ni,” tapi kita tak explain kenapa. Anak-anak ni, walaupun kecil, tetap perlukan penjelasan. Contohnya, kalau mereka nak main dekat kawasan yang bahaya, kita boleh cakap, “Adik tak boleh main dekat tangga sebab nanti boleh jatuh dan cedera.” Bila mereka faham sebabnya, mereka lebih mudah nak terima arahan kita dan kurang rasa memberontak.
4. Ajar Teknik Tarik Nafas Sama-Sama
Kalau anak dah mula emosi, cuba ajak mereka tarik nafas dalam-dalam dengan kita. Kadang-kadang, kita yang dewasa pun perlukan ni, kan? Tarik nafas sekali dua boleh bagi masa otak tu tenang sekejap. Dan bila kita buat sama-sama, anak rasa lebih terkawal.
5. Ruang ‘Cool Down’ yang Bukan ‘Time-Out’
Bila anak dah terlalu emosi, instead of suruh mereka ‘time-out’ macam hukuman, cuba beri mereka ruang untuk cool down. Contohnya, “Adik nak duduk kejap kat ruang adik, tarik nafas, nanti datang balik cakap dengan mama bila dah tenang, ok?” Biar mereka cool down dengan cara yang positif, bukan rasa terasing.
Baca juga: Anak Sulung, Insan Pertama Ajar Kita Menjadi Ibu dan Ayah
Paling penting, kita sendiri pun kena ada self-control. Anak-anak ni cermin kita. Kalau kita sabar, insyaAllah mereka pun akan belajar jadi tenang. Nak tips lain? Jom stay tuned, banyak lagi yang saya nak share

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.