Blog

Pink Tower

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Resources
Pink Tower

Bila kita sebut tentang bahan Montessori, Pink Tower mesti antara yang pertama terlintas dalam fikiran. Dicipta oleh Dr. Maria Montessori, alat ini bukan sekadar cantik dilihat, tetapi penuh dengan manfaat untuk perkembangan anak-anak.

Pink Tower ni dah jadi bahan wajib dalam kelas Montessori di seluruh dunia. Ianya terbukti sangat membantu dalam stimulasi sensorial anak-anak. Jom kita selami lebih dalam apa kelebihan Pink Tower dan kenapa direka berwarna jambu.

Umur Berapa Yang Boleh Guna Pink Tower?

Pink Tower sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang berusia sekitar 2.5 hingga 3 tahun ke atas. Set ini terdiri daripada 10 kubus kayu yang bersaiz dari 1 cm hingga 10 cm, setiap satu bertambah saiznya secara tepat. Aktiviti ini boleh disesuaikan mengikut kemampuan anak, menjadikannya sesuai untuk pelbagai tahap perkembangan.

Kelebihan Menggunakan Montessori Pink Tower

Pink Tower dirancang khusus untuk membantu perkembangan sensorial kanak-kanak, dengan fokus pada rangsangan visual. Selain mengenal pasti konsep besar dan kecil, anak-anak juga dilatih untuk mengembangkan persepsi visual dalam mengenal dimensi, serta mengasah kemampuan koordinasi mata dan tangan.

Secara tidak langsung, menggunakan Pink Tower turut menyediakan anak-anak dengan asas pemahaman terhadap konsep geometri. Mereka belajar untuk membezakan saiz dan bentuk melalui pengalaman visual dan taktil, sambil meningkatkan daya tumpuan dan keupayaan kognitif mereka.

Sambil bermain, anak-anak secara naturalnya akan mula memahami bagaimana objek berbeza dalam ukuran dan berat. Selain itu, melatih mereka untuk membezakan secara visual serta membina kemahiran pemikiran logik.

Tambahan lagi, aktiviti ini juga mengembangkan kosa kata anak. Dengan bermain Pink Tower, mereka belajar konsep asas seperti “Besar, Kecil” dan lebih lanjut lagi seperti “Besar, Lebih Besar, Paling Besar” dalam suasana yang menyeronokkan. Ini juga membantu menguatkan bahasa dan komunikasi mereka.

Kenapa Pink?

Soalan yang sering ditanya, kenapa warna jambu? Jawapannya ada pada pemerhatian Dr. Maria Montessori yang mendapati bahawa warna-warna cerah dan menarik seperti jambu lebih mudah menarik perhatian kanak-kanak.

Warna ini bukan sahaja membuatkan anak-anak lebih fokus, tetapi juga mendorong mereka untuk terlibat lebih lama dalam aktiviti pembelajaran.

Baca juga: Sensory Play: Kunci Perkembangan Deria Anak

Pink Tower

 

Walaupun tower nampak simple, impaknya sangat besar terhadap perkembangan anak-anak. Dari stimulasi sensorial hingga peningkatan keupayaan visual, Pink Tower bukan sekadar mainan, tetapi alat pendidikan yang membantu anak-anak mempersiapkan diri untuk dunia pembelajaran

Setiap saiz blok yang bertambah mengajarkan konsep penting seperti perbandingan saiz, persepsi ruang, dan geometri, semuanya dalam bentuk permainan yang menyeronokkan.

Warna pink pula memberikan daya tarikan tambahan, menjadikan pink tower sebagai alat yang bukan sahaja estetik tetapi juga sangat berfungsi dalam pendidikan awal kanak-kanak.

pink towermontessorirangsangan visualmainan

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis