Blog

10 Lagi Aktiviti Motor Kasar yang Anak Pasti Suka

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan

Motor kasar sangat penting dalam perkembangan fizikal anak-anak. Melalui aktiviti motor kasar, mereka belajar mengawal pergerakan tubuh, membina kekuatan otot, serta mengasah keseimbangan dan koordinasi.

Aktiviti-aktiviti ini bukan saja penting untuk kesihatan fizikal, tetapi juga buat mereka lebih yakin dan bebas untuk explore dunia sekeliling. Bila anak-anak dapat bergerak aktif, mereka lebih gembira dan bertenaga!

Dalam post sebelum ini, saya dah kongsikan 10 Aktiviti Motor Kasar yang Buat Anak Teruja Nak Cuba.

Aktiviti yang pertama tu penuh dengan idea-idea seronok untuk anak-anak kekal aktif. Kali ni, kita sambung lagi dengan 10 lagi aktiviti tambahan yang confirm akan buat mereka terus bergerak dan tak sabar nak main!

1. Main Air

Main air memang selalu jadi kegemaran anak-anak, tak kira di kolam, air hujan atau main hos air di taman. Aktiviti ni bukan saja buat mereka seronok, tapi melibatkan pergerakan seluruh tubuh dan bantu bina motor kasar dengan cara yang playful.

2. Menyapu Sampah

Siapa sangka menyapu sampah pun boleh jadi aktiviti motor kasar? Bagi anak cuba menyapu dalam atau luar rumah. Ini tak hanya bantu mereka kawal pergerakan badan, tapi juga mengajar mereka tanggungjawab dan disiplin.

3. Melompat Atas Trampoline

Melompat atas trampoline memang kegemaran anak-anak. Aktiviti ni tak hanya menyeronokkan, tapi juga bagus untuk latih keseimbangan dan kawalan pergerakan. Mereka akan melompat dengan penuh semangat dan tenaga.

4. Berenang

Berenang melibatkan semua otot dalam badan, dari tangan hingga kaki. Aktiviti ni bukan saja bantu anak tingkatkan stamina, tapi juga beri mereka keyakinan bergerak dalam air. Bagus untuk bina motor kasar sambil seronok.

5. Melompat Atas Bola

Ajak anak duduk di atas bola besar dan melompat-lompat. Aktiviti ni bagus untuk asah keseimbangan dan kekuatan otot kaki, sambil buat mereka ketawa dan enjoy masa bermain.

6. Berbasikal

Berbasikal melibatkan seluruh badan. Contohnya kaki untuk mengayuh, tangan pegang handle dan mata tengok jalan. Aktiviti ni sangat baik untuk motor kasar anak dan pada masa yang sama tingkatkan stamina serta koordinasi badan.

7. Bermain Layang-Layang

Aktiviti main layang-layang ni buat anak berlari aktif untuk laraskan layang-layang di udara. Selain seronok, dapat juga bantu anak belajar kawalan tangan dan fokus mata sambil bergerak bebas.

motor kasar

8. Merangkak Merentasi Halangan

Buat halangan mudah di rumah guna kerusi, bantal atau tali dan minta anak merangkak mengelak halangan tu. Aktiviti ni bukan saja menarik, tapi sangat bagus untuk kuatkan otot tangan, kaki dan melatih keseimbangan badan.

motor kasar

9. Main Kejar-Kejar

Tak pernah hilang dari senarai aktiviti yang  menyeronokkan! Kejar-kejar buat anak berlari bebas, bina stamina dan tingkatkan refleks. Selain aktif, anak-anak pasti ketawa seronok semasa bermain.

motor kasar

10. Bermain Gelongsor

Gelongsor memang kegemaran ramai! Selain keseronokan, aktiviti ni juga latih anak kawal badan ketika meluncur dari tempat tinggi ke bawah. Bagus untuk bina keyakinan dan keseimbangan fizikal mereka.

motor kasar

Baca juga: Fitrah Kanak-Kanak Dirai, Perkembangan Mereka Tidak Diabaikan

Dengan sambungan 10 lagi aktiviti ni, anak-anak pasti akan terus kekal aktif dan enjoy masa mereka. Aktiviti-aktiviti ni bukan sekadar bermain, tapi juga bantu anak bina kekuatan, koordinasi dan keseimbangan yang sangat penting untuk perkembangan motor kasar mereka.

Bila digabungkan dengan 10 aktiviti yang dikongsikan sebelum ni, anak-anak pasti ada banyak pilihan untuk terus aktif, sihat dan happy!

 

motor kasarmerangkakhalanganpergerakan

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis