Sebelum ni saya dah kongsikan pelbagai aktiviti seronok yang boleh bantu anak-anak kenal huruf dan nama. Sekarang, kita masuk pula ke sesi mengira, di mana aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan anak-anak untuk mengenal nombor, tetapi juga mengira secara hands-on.
Setiap aktiviti ini mudah dan menggunakan bahan yang kita boleh dapati di rumah. Jom kita explore satu-satu!
Pom-Pom Numbers Counting
Anak-anak boleh gunakan pom-pom dan letakkan pada batang aiskrim yang bertanda nombor. Contohnya, batang aiskrim yang bernombor 3 perlu diletakkan tiga biji pom-pom. Aktiviti ni bagus untuk menguatkan konsep “satu ke satu” dalam kiraan.
Velcro Dots Counting
Guna batang aiskrim dan dot velcro. Anak boleh letak bilangan dot yang sesuai dengan nombor pada batang aiskrim. Selain daripada mengira, aktiviti ini membantu anak melatih fine motor skills mereka.
Bottle Caps Counting Board
Guna penutup botol plastik dan letakkan pada board yang ada nombor. Anak boleh kira dan matching warna pom-pom atau penutup botol pada board mengikut nombor yang tertera.
Beads Counting on the Floor
Susun nombor di lantai menggunakan tape dan biarkan anak letak beads mengikut jumlah nombor yang ada. Cara ni best sebab anak boleh bergerak dan explore sambil mengira.
Paper Clips & Magnetic Stripe Bar Counting
Guna klip kertas untuk kira mengikut nombor pada magnet stripe bar ( ni ada link shopee). Aktiviti ni simple tapi sangat membantu anak mengenal nombor sambil latih mereka fokus.
Paper Clips Counting on Popsicle Sticks
Sama konsepnya, cuma kali ni guna batang aiskrim dan klip kertas. Anak-anak suka sangat matching warna klip dengan batang aiskrim, sambil belajar kira.
Button Counting Tray
Sediakan tray nombor dan butang. Ajak anak susun butang mengikut jumlah nombor yang ada di tray. Ini bukan saja mengajar kiraan, tapi juga membantu dalam sorting dan mengenal bentuk.
Counting with Pipe Cleaners & Beads
Guna pipe cleaners dan beads untuk kira. Anak boleh thread beads pada pipe cleaner, ikut nombor yang tertera. Aktiviti ni sangat bagus untuk motor skills dan fokus.
Counting Box
Sediakan kotak dengan slot nombor dan letak batang aiskrim pada slot ikut nombor. Aktiviti ini mengajar anak matching konsep angka dengan kuantiti sambil bermain.
Fun Playdoh Counting Activity
Bentuk nombor menggunakan playdoh dan gunakan batang mancis kecil untuk letak mengikut jumlah. Anak-anak pasti teruja sebab dapat bermain dengan playdoh sambil belajar.
Baca juga: 10 Aktiviti Homeschool Belajar Mengira Bahagian 2
Aktiviti mengira tak semestinya perlu duduk diam dan menghadap buku. Dengan aktiviti-aktiviti ni, anak-anak boleh belajar mengira sambil explore dan bermain.
Semoga aktiviti ini memberi inspirasi dan membantu mama papa untuk buat sesi belajar mengira jadi lebih menyeronokkan di rumah.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.