Salah satu set buku yang kami paling suka guna untuk homeschool ialah Usborne 199 Series. Siri buku ni memang terbaik untuk pembelajaran tematik dan sangat sesuai dengan cara homeschool yang fleksibel.
Bukan saja penuh warna-warni dan visual yang menarik, tapi ia juga membantu memperkaya kosa kata anak-anak dengan cara yang interaktif. Setiap buku dalam siri ni datang dalam bentuk board book yang tahan lasak, jadi memang ideal untuk anak yang suka pegang, explore dan baca sendiri.
Dalam Usborne 199 Series ni, ada 5 buku yang meliputi tema-tema berbeza. Jom saya share apa yang ada dalam setiap buku:
1. 199 Big Machines
Buku ni sesuai untuk anak-anak yang suka jentera dan kenderaan besar. Di dalamnya, ada gambar pelbagai jenis mesin besar seperti traktor, jengkaut, kapal terbang, kapal laut dan lori besar. Setiap mesin dilabel dengan nama, jadi anak-anak boleh belajar kenal jenis-jenis kenderaan yang mungkin jarang mereka lihat.
2. 199 Dinosaurs and Prehistoric Animals
Kalau anak-anak minat dinosaur, buku ni memang sesuai untuk mereka. Dalam buku ni penuh dengan gambar pelbagai spesies dinasor dari saiz yang kecil hinggalah yang gergasi. Ada juga haiwan-haiwan prasejarah yang mungkin jarang kita dengar, jadi anak-anak akan teruja belajar tentang haiwan-haiwan yang hidup berjuta-juta tahun dahulu.
3. 199 Bugs
Dunia serangga memang menarik dan buku ni memperkenalkan anak-anak kepada pelbagai jenis serangga seperti rama-rama, kumbang, lebah dan belalang. Setiap serangga dilabelkan dengan nama, jadi ia sangat membantu anak-anak mengenali dunia serangga dengan lebih dekat.
4. 199 Flags
Buku ni penuh dengan bendera dari seluruh dunia. Anak-anak boleh belajar tentang pelbagai negara sambil mengenali rupa dan warna bendera setiap negara. Ini cara yang bagus untuk memperkenalkan geografi kepada anak-anak, terutama sekali bila mereka mula berminat tentang peta dunia.
5. 199 Flowers
Buku ni sesuai untuk anak-anak yang minat dengan alam semula jadi. Di dalamnya, ada gambar pelbagai jenis bunga dari yang biasa kita jumpa seperti bunga matahari, hingga bunga-bunga eksotik dari seluruh dunia. Anak-anak boleh belajar nama setiap bunga sambil menikmati kecantikan alam.
Setiap buku dalam siri ni membantu anak-anak membina pengetahuan secara berperingkat. Dengan gambar yang jelas dan label yang mudah dibaca, anak-anak akan seronok sambil belajar.
Siri ni juga sangat sesuai untuk aktiviti tematik. Contohnya, kalau nak buat tema minggu tentang serangga atau bunga, buku-buku ni memang jadi sumber rujukan yang mudah dan seronok.
Baca juga: 5 Set Buku Untuk Ajar Anak Belajar Membaca Dengan Efektif

Usborne 199 Series bukan saja buku yang tahan lasak, tapi juga kaya dengan maklumat yang disampaikan secara mudah dan menarik untuk anak-anak. Dengan pelbagai tema yang berbeza, set buku ni sesuai dijadikan rujukan harian dalam homeschool.
Bagi yang tengah cari bahan bacaan yang interaktif dan menarik untuk anak-anak, siri ni memang tak mengecewakan. Memang berbaloi untuk tambah dalam koleksi homeschool korang!
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.