Bila cuba travel tanpa gadget, perjalanan tu sendiri boleh jadi satu pengalaman yang lebih bermakna. Anak-anak dapat engage dengan dunia sekitar, kita pun dapat masa berkualiti bersama tanpa gangguan teknologi.
Anak tengok luar tingkap, main game simple dengan kita atau explore mainan kecil yang dibawa, dia bukan je belajar, tapi juga bina connection dengan kita.
Kadang-kadang, pengalaman macam ni buat kita sedar yang anak-anak sebenarnya lebih enjoy dan cepat belajar dari benda-benda kecil di sekeliling dia.
Tanpa screen, kita lebih banyak berinteraksi, gelak sama-sama dan hadap situasi dengan cara yang lebih natural. So, kalau nak cuba perjalanan yang lebih “real” dan penuh kenangan, ni ada 6 cara mudah yang boleh bantu anak enjoy travel tanpa screen.
1. Bawa Buku Cerita atau Buku Aktiviti Menarik
Buku cerita atau buku aktiviti memang lifesaver, terutamanya untuk anak yang dah boleh membaca atau melukis sendiri. Pilih buku yang sesuai dengan minat mereka, contohnya cerita pengembaraan atau buku mewarna yang lebih detail.
Buku aktiviti macam teka-teki, sticker atau activity book yang ada games kecil pun boleh buat mereka leka sekejap. Bila ada masa, join sekali dan buat aktiviti sama-sama , ni pun salah satu cara nak connect dengan anak sambil travel.
2. Snek Menarik & Mudah Dimakan
Snek selalu jadi penyelamat bila anak mula restless atau lapar, tapi cuba sediakan snek yang berbeza dari biasa. Contohnya, popcorn homemade, buah-buahan kering, energy balls atau kekacang dalam bekas kecil.
Snek yang berbeza ni boleh tambah excitement. Letak dalam bekas comel atau snack box yang senang dibuka, confirm buat anak teruja setiap kali buka.
3. Permainan “I Spy”
Simple game macam “I Spy” boleh buat anak-anak excited sepanjang perjalanan. Boleh mula dengan benda yang ada di sekitar, macam “I spy something yang warna biru” dan ajak anak teka apa yang kita maksudkan.
Permainan macam ni bukan je fun, tapi juga buat anak lebih alert dengan persekitaran mereka sambil explore benda-benda baru di sekeliling.
4. Bawa Mainan Kecil atau Puzzle yang Boleh Dipasang Semula
Mainan kecil atau puzzle yang boleh dibongkar-pasang memang bagus untuk distract anak. Mainan macam lego mini, rubik’s cube atau puzzle 3D boleh buat mereka leka sekejap.
Mereka dapat fokus susun dan bina dan mainan jenis ni juga bagus untuk melatih daya tumpuan. Puzzle atau model yang boleh dipasang semula selalu buat anak-anak teruja nak tengok hasilnya!
5. Main Imaginasi atau Bercerita
Anak-anak yang dah besar biasanya suka berimaginasi, jadi kita boleh mula dengan cerita atau main pretend sama-sama. Contohnya, buat cerita tentang tempat yang bakal dilawati atau reka watak dan situasi dari benda-benda yang kita nampak di luar.
Kadang-kadang, cerita ringkas atau main peranan (role-play) boleh buat anak rasa mereka tengah ada dalam ‘pengembaraan’ sendiri. Ini juga masa yang bagus untuk berborak dan explore imaginasi mereka.
6. Ajak Mereka Nikmati Pemandangan & Eksplorasi Dunia Sekitar
Walaupun nampak simple, kadang-kadang tengok pemandangan luar adalah “screen time” paling real untuk anak. Tunjuk benda-benda yang menarik di luar, macam bangunan unik, gunung, atau ladang yang mungkin mereka tak pernah tengok sebelum ni.
Boleh cerita sikit tentang tempat yang dilalui, atau ajak mereka fikir apa yang ada di tempat tu. Cara ni bukan saja buat mereka fokus pada perjalanan, tapi juga bagi mereka “mini lesson” tentang dunia luar.
Baca juga: Sesuai Ke Homeschool untuk Keluarga yang Suka Travel?
Travel tanpa screen time memang perlukan extra effort, tapi setiap momen tu berbaloi bila kita dapat luangkan masa sebenar dengan anak.
Anak-anak pun dapat peluang untuk explore dan engage dengan cara yang lebih natural. Setiap aktiviti ni bukan je buat perjalanan lebih tenang, tapi juga penuh gelak ketawa dan kenangan manis.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.