Blog

Tips Kawal Masa Skrin Anak

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Parenting
Masa Skrin Anak

Dalam dunia sekarang yang penuh dengan teknologi, memang cabaran besar nak kawal masa skrin anak-anak. Tablet, telefon, TV, komputer, semua benda ni ada je di sekeliling kita dan kadang-kadang kita pun susah nak tahu bila dah terlalu lama. Jadi, berapa lama sebenarnya yang cukup? Sejam sehari? Dua jam? Atau lebih?

Tak dinafikan, teknologi ni banyak manfaatnya. Tapi bila anak-anak asyik menghadap skrin, ada juga kesan negatif yang kita perlu perhatikan. Jadi, macam mana nak urus masa skrin dengan lebih bijak dan seimbang?

Berapa Banyak yang Terlalu Banyak?

Pakar sarankan masa skrin bergantung pada umur anak-anak:

  • Bawah 2 Tahun:

    Sebaiknya elak terus, kecuali untuk video call dengan ahli keluarga.

  • 2-5 Tahun:

    Tak lebih dari 1 jam sehari, dan pastikan kandungannya berkualiti.

  • 6 Tahun ke Atas:

    Ibu bapa boleh tetapkan had masa mengikut keperluan anak, seimbangkan dengan aktiviti lain macam tidur, main di luar, dan masa bersama keluarga.

Kenapa Penting untuk Kawal Masa Skrin?

  1. Kesan pada Perkembangan Otak

    Kajian menunjukkan terlalu banyak skrin boleh ganggu perkembangan kognitif anak-anak. Mereka mungkin susah nak fokus, kurang berfikir secara kritikal dan ada masalah mengurus emosi. Anak yang banyak terdedah pada skrin mungkin cepat hilang perhatian atau sukar nak faham konsep yang lebih mendalam.

  2. Kurang Masa untuk Aktiviti Fizikal

    Kalau anak-anak asyik menghadap skrin, masa untuk aktiviti fizikal macam main di luar, berlari atau naik basikal akan berkurang. Ini boleh jejaskan kesihatan fizikal dan perkembangan motor mereka. Aktiviti luar ni penting untuk kekal aktif dan sihat.

  3. Masalah Tidur

    Gajet sebelum tidur boleh kacau pola tidur anak. Cahaya biru dari skrin boleh lambatkan pengeluaran hormon melatonin yang bantu kita tidur. Jadi, cuba elak masa skrin sekurang-kurangnya 1 jam sebelum tidur supaya mereka lebih mudah lelap.

Bagaimana Nak Urus Masa Skrin dengan Bijak?

  1. Tetapkan Had Masa yang Jelas

    Buat peraturan yang jelas tentang berapa lama anak boleh guna skrin setiap hari. Contohnya, tetapkan had 1-2 jam untuk anak-anak yang lebih tua dan pastikan masa tu digunakan untuk benda yang bermanfaat. Gunakan timer atau aplikasi kawalan ibu bapa untuk bantu pantau masa skrin mereka.

  2. Pilih Kandungan yang Berkualiti

    Pastikan mereka tengok atau main aplikasi yang sesuai dengan umur dan membantu perkembangan mereka. Cari kandungan yang mendidik, macam aplikasi pembelajaran atau video yang ajar nilai-nilai positif. Kalau anak homeschool, ada banyak platform dengan kandungan interaktif yang boleh jadi alternatif kepada masa skrin yang pasif.

  3. Seimbangkan dengan Aktiviti Lain

    Pastikan mereka ada masa untuk main di luar, baca buk, atau buat aktiviti kreatif tanpa skrin. Jadikan masa skrin hanya satu dari banyak aktiviti harian. Contohnya, tetapkan masa main di luar, baca buku, atau tolong kat rumah dulu sebelum mereka boleh guna skrin.

  4. Jadi Role Model yang Baik

    Anak-anak selalu tengok apa yang kita buat. Kalau kita sendiri asyik dengan skrin, mereka pun rasa benda tu ok untuk mereka. Jadi, cuba kurangkan penggunaan skrin di hadapan mereka dan ajak mereka buat aktiviti lain yang lebih aktif.

  5. Guna Masa Skrin sebagai Peluang untuk Belajar

    Kalau anak guna peranti, cuba jadikan pengalaman tu mendidik. Contohnya, tengok dokumentari sama-sama atau main game yang boleh rangsang perkembangan otak mereka. Bila masa skrin digunakan untuk benda yang berfaedah, lebih berbaloi dan mereka pun seronok belajar.

    Baca juga: Kurangkan Hadap Telefon, Tataplah Wajah Anak.

masa skrin anak

Masa skrin tak semestinya hanya berikan pengaruh negatif, tapi macam semua benda, perlu ada keseimbangan. Yang penting, kita sebagai ibu bapa kena aktif urus masa skrin anak-anak dan pastikan mereka dapat pengalaman berkualiti daripada teknologi.

Dengan tetapkan had yang jelas, pilih kandungan yang baik dan pastikan ada masa untuk aktiviti fizikal dan kreativiti, kita boleh bantu anak-anak membesar dengan bijak dalam dunia yang penuh teknologi ni.

Nak lebih tips parenting? Stay tuned untuk lebih banyak perkongsian yang praktikal dan bermanfaat! 😊

 

role modelteknologikreativitimasa

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis