Blog

Montessori Learning Materials

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan

Montessori learning materials bukan sekadar alat bantu mengajar biasa, tetapi direka khusus untuk menggalakkan anak-anak belajar secara bebas, meneroka dunia sekeliling, dan menyelesaikan masalah dengan cara yang lebih praktikal.

Dengan menggunakan bahan semulajadi dan fokus kepada satu kemahiran pada satu masa, Montessori materials membantu anak-anak memahami konsep-konsep penting melalui pengalaman secara langsung.

Apakah Ciri-Ciri Montessori Learning Materials?

  1. Diperbuat daripada bahan semulajadi seperti kayu, batu, kapas dan lain-lain.
  2. Merupakan hands-on learning tools yang direka untuk memberikan peluang kepada anak-anak meneroka pembelajaran sendiri melalui ulangan dan latihan.
  3. Kebanyakan bahan hanya menekankan satu kemahiran yang boleh dipelajari pada sesuatu masa.
  4. Bahan tidak boleh bergerak atau mengeluarkan bunyi sendiri dan tidak melibatkan sebarang bahan elektronik.
  5. Memerlukan manipulasi fizikal untuk diterokai oleh anak-anak, barulah ia berfungsi.
  6. Lebih kepada pembelajaran kendiri (independent learning) dan menggalakkan penyelesaian masalah (problem solving).

Terdapat banyak Montessori materials, ada yang klasik dan ada yang moden. Ada material untuk language, sensorial, math, sains, praktikal kehidupan (practical life), dan kini juga terdapat versi jawi.

Contohnya, montessori-inspired learning material seperti Math Wooden Board. Yang menariknya, ia boleh digunakan untuk pelbagai idea aktiviti. Ada wooden tray, counting sticks, number counters, dan erasable board.

Saya rasa ia sangat sesuai dan mudah untuk memberikan anak-anak peluang belajar matematik dengan bantuan bahan pembelajaran yang konkrit.

Ini kerana matematik bukan sekadar tentang hafalan, tetapi lebih kepada pengalaman sebenar yang dibina.

InsyaAllah, belajar matematik menjadi mudah dan menyeronokkan apabila menggunakan teknik yang tepat.

Baca juga: Eksplorasi Aktiviti Sensori Bersama Anak-Anak

Cuba tunjuk dekat anak, best tak kalau Math Wooden Board ni menjadi alat bantu belajar mereka?

Dengan Montessori learning materials, anak-anak dapat mengembangkan kemahiran secara semula jadi tanpa tekanan untuk menghafal.

Pembelajaran mereka lebih berfokus pada pengalaman praktikal, menjadikan subjek seperti matematik lebih mudah dan menyeronokkan. Pendekatan ini memberikan peluang kepada mereka untuk membina pemahaman yang lebih mendalam dan mengukuhkan konsep melalui aktiviti yang kreatif dan hands-on.

InsyaAllah, dengan teknik yang tepat, pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan dan bermakna!

kreativitisainsmontessoriteknik

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis