Tema “Under The Sea” ni memang penuh dengan magic dan keunikan tersendiri. Dengan tema ni, anak-anak bukan sahaja dapat belajar tentang haiwan laut dan habitatnya, tapi juga explore aktiviti kreatif yang seronok.
Let’s dive into these ten “Under The Sea” activities yang sesuai untuk homeschooling di rumah!
Kraf Obor-Obor Kertas
Dengan piring kertas dan tali sebagai tentakel, anak-anak boleh hasilkan obor-obor comel.
Aktiviti ni bantu mereka develop kreativiti dan coordination tangan-mata. Boleh letak googly eyes untuk extra fun!
Mini Aquascape Laut
Buat aquascape mini dalam bekas air menggunakan batu, pasir dan mainan haiwan laut.
Mereka akan belajar tentang konsep habitat dan bagaimana kehidupan laut berinteraksi dalam ekosistem.
Laluan Matematik Lumba-Lumba
Guna board number line dengan tema lumba-lumba untuk ajar anak-anak konsep tambah dan tolak.
Mereka boleh gerakkan lumba-lumba sebagai visual guide untuk lebih faham basic math dengan cara yang fun.
Sticker Aktiviti Huruf Laut
Sediakan sticker haiwan laut dan minta anak tampal pada huruf yang berkaitan, contohnya “S” untuk “Shark.”
Aktiviti ni bantu mereka kenal huruf sambil belajar nama haiwan dalam English atau Arab.
Botol Lapisan Laut
Buat botol berlapis yang mewakili pelbagai kedalaman laut. Contohnya, lapisan sunlight, twilight, hingga ke abyss.
Setiap lapisan boleh diisi dengan warna air yang berbeza untuk tunjukkan peringkat kedalaman laut dan jenis hidupan laut yang ada.
Mini Aquascape Laut
Buat “aquarium” mini menggunakan bekas air. Isi separuh bekas dengan air berwarna biru, dan letakkan pasir, batu-batu kecildan mainan haiwan laut.
Aktiviti ni membolehkan anak-anak berimaginasi seolah-olah mereka ada dalam habitat laut yang sebenar
Bunyi Ikan
Aktiviti ini sesuai untuk bantu anak-anak belajar mengenal bunyi huruf sambil main! Dalam gambar, anak pegang ikan kertas yang ada huruf di atasnya.
Setiap ikan ada bunyi tertentu, jadi setiap kali anak “tangkap” ikan, mereka sebut bunyi huruf tersebut. Ini cara yang best untuk anak-anak belajar mengenal bunyi huruf dengan cara yang fun dan interaktif.
Hungry Shark Subtraction Game
Dalam aktiviti Hungry Shark ni, anak-anak boleh belajar subtraction dengan cara yang menyeronokkan! Setiap kali anak letak beberapa ikan dalam mulut “jerung lapar” tu, mereka akan ambil sebahagian ikan dan kira berapa baki yang tinggal.
Contohnya, jika mereka mula dengan 6 ikan dan jerung “makan” 5, berapa ikan yang tinggal? Aktiviti ni bantu anak faham konsep tolak sambil bermain. Mereka belajar sambil buat kiraan sebenar, bukan sekadar melihat nombor.
Mengenal Haiwan Laut
Dengan Buat grid besar di lantai menggunakan masking tape dan letakkan mainan haiwan laut di setiap petak. Anak-anak boleh belajar mengenal nama dan bentuk haiwan laut sambil susun mengikut kategori seperti jenis atau saiz.
Aktiviti ni juga bagus untuk introduce konsep koordinat secara asas.
Mandi Buih untuk Haiwan Laut
Sediakan baldi besar dengan air sabun dan biarkan anak-anak “mandikan” mainan haiwan laut. Mereka akan enjoy main buih sambil belajar kepentingan kebersihan dan ini juga boleh jadi sesi sensori yang calming.
Baca juga: Nature Art Project
Tema “Under The Sea” ni memang penuh dengan elemen pembelajaran dan fun!
Aktiviti-aktiviti macam ni bukan sahaja bantu anak-anak belajar tentang dunia laut, tapi juga mengasah daya kreativiti dan kemahiran motor halus mereka.
Dengan pendekatan belajar sambil bermain ni, anak-anak pasti enjoy dan lebih teruja untuk belajar benda baru. So, happy exploring the underwater world with your kids!

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.