Macam mana nak tanam kompas tauhid dalam anak sejak kecil?
Terus terang saya tak ada semua jawapan.
Saya pun tengah bertatih dalam peranan ni.
Tapi saya percaya satu benda:
Tauhid tak ditanam dengan bebelan tapi dengan kehadiran, tindakan dan doa.
1. Arahkan hati anak kepada ‘Penilai Hakiki’ bukan pujian manusia
Saya cuba ubah bahasa harian.
Daripada, “Nanti ayah marah” kepada “Allah suka orang yang jujur.”
Daripada “Orang nampak nanti” kepada “Allah sentiasa tengok kita.”
Bila anak buat baik, saya sambung dengan reward spiritual.
“Bagusnya. Allah mesti sayang.”
Benda macam ni, lama-lama jadi anchor iman dalam jiwa kecil dia.
2. Bina Islamic worldview secara organik dalam borak harian
Bukan dengan ceramah. Tapi dengan perbualan reflektif.
Masa jalan-jalan, saya tanya:
“Kenapa Allah cipta hujan?”
“Tahu tak siapa bagi kita oksigen percuma hari-hari?”
Itu semua bukan sekadar soalan tapi cara saya ajar mereka tadabbur kehidupan.
Saya percaya tanam kompas tauhid anak sejak kecil akan bantu mereka kekal teguh walau diuji zaman moden.
3. Tumbuhkan resilience spiritual bukan hanya disiplin luaran
Bila anak salah, saya pause.
Saya tak terus betulkan.
Saya peluk dulu dan saya bisik.
“Allah tak tengok result, Allah tengok usaha.”
Saya nak anak kenal konsep muhasabah, bukan sekadar ‘betul atau salah’.
4. Jadikan Asmaul Husna Bahasa Jiwa Anak Kita
“Alhamdulillah, kenyang. Allah Al-Razzaq yang bagi rezeki cukup pada waktunya.”
“MasyaAllah, langit ni cantik sungguh. Allah Al-Musawwir, seindah-indah yang mencipta.”
Kata-kata ni bukan hafalan kosong.
Tapi latihan hati untuk kenal Allah melalui nama-nama-Nya.
Bila kita ulang kita sedang tanam kompas tauhid.
Supaya anak-anak tahu.
Kenyang itu bukan sekadar makan, tapi bukti kasih Allah yang Maha Memberi.
Langit yang indah itu bukan sekadar ciptaan, tapi ayat dari Al-Khaliq, yang Maha Sempurna Rekaannya.
Ini bukan sekadar zikir harian.
Tapi jalan mengenal Tuhan.
Melalui rasa, pandang dan ucap yang terikat dengan Asmaul Husna.
5. Jadi ‘role model’ sebelum jadi ‘moral judge’
Saya perasan, bila saya stress, anak jadi tegang.
Bila saya lembut, anak lebih mendengar.
Jadi kalau saya nak anak pandai kawal diri,
saya kena tunjuk emotional regulation dulu.
Anak tak ikut skrip kita tapi dia tiru gaya hidup kita.
Jemput Baca : Amanah Allah yang Mengajar Cinta
6. Doa yang datang dari hati, bukan dari skrip
Bila semua usaha rasa tak cukup,
saya kembali pada ruang paling jujur iaitu sujud.
“Ya Allah, kalau aku tak sempat ajar semua…
Kau cukupkan dengan hidayah-Mu.”
Doa ibu ni bukan sekadar harapan, tapi warisan spiritual untuk anak-anak kita.
Tapi saya nak anak saya tahu siapa Tuhan dia dan tahu cara nak balik semula bila rasa jauh.
Itulah kompas tauhid yang saya doa akan kekal dalam hati mereka.
Di mana pun mereka pergi, ada Allah yang jaga.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.