Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa rasa kecewa bila nampak anak macam “lupa” apa yang kita dah ajar, walaupun baru je kita buat aktiviti seronok bersama. Mungkin kita pernah buat aktiviti matching, permainan sensory atau latihan warna, tapi bila beberapa hari berlalu, anak macam tak ingat langsung.
Realitinya, bukan anak kita tak pandai atau cepat lupa, cuma mereka perlu masa dan konsistensi untuk betul-betul menguasai apa yang dipelajari. Anak-anak ni berbeza dengan kita kerana mereka perlukan pengulangan dan aktiviti secara berterusan untuk rangsang daya ingatan mereka.
Sebagai ibu bapa, kita perlu faham konsep tiga tahap ingatan yang penting dalam pembelajaran:
Tahap Ingatan
- Encoding: Tahap di mana maklumat dimasukkan ke dalam ingatan.
- Storage: Menyimpan maklumat dalam minda anak.
- Retrieval: Tahap anak mampu mengingat kembali maklumat tersebut.
Kalau kita mengajar sesuatu pada anak, dan kemudian rehat beberapa hari, biasanya anak akan alami kesukaran untuk sampai ke tahap ketiga iaitu retrieval. Tapi, ini tak bermaksud anak dah lupa sepenuhnya. Sebaliknya, ingatan mereka boleh “dibangunkan” semula melalui pengulangan dan rangsangan yang konsisten.
Dr. Renee Spencer, seorang pakar kaunseling, mencadangkan agar kita buat ulangan melalui rutin harian dan aktiviti hands-on. Ini cara yang sangat efektif untuk kukuhkan ingatan anak-anak.
Konsistensi dan Aktiviti Sehari-Hari, Kunci kepada Pembelajaran Anak…
Bila kita sebut tentang pembelajaran, tak semestinya kena duduk di meja dengan buku sahaja. Aktiviti seperti bermain dengan kereta mainan, sorting warna mengikut bentuk atau cuci mainan sebenarnya pun boleh jadi medium pembelajaran yang berkesan.
Aktiviti-aktiviti yang nampak simple ni sebenarnya mampu membantu anak untuk recall balik apa yang mereka pernah pelajari. Lagi seronok dan santai, lagi mudah untuk anak ingat. Kita boleh juga cuba variasi aktiviti seperti menyanyi lagu bersama, ulang bunyi huruf dengan suara kuat atau main teka bunyi dalam bahasa yang mereka belajar.
Ini semua ni adalah bentuk pengulangan verbal yang sangat membantu.
Belajar Tak Perlu Terlalu Formal…
Jadi, jangan stress kalau anak nampak macam “lupa” atau “lambat” sikit dalam belajar. Pembelajaran bukanlah satu proses yang rigid atau perlu terlalu formal. Ingat, anak-anak belajar dengan paling efektif dalam keadaan santai dan melalui pengalaman yang mereka nikmati.
Baca juga: Kaedah Cepat Baca
Selalu ingat, kita tak perlu buat sesi belajar yang lama. Yang penting, buat sikit-sikit tapi konsisten. Dengan cara ni, anak akan lebih mudah untuk ingat dan faham apa yang mereka belajar. Pengalaman seharian dan aktiviti yang menyeronokkan ni lah yang akan jadi asas kukuh untuk perkembangan minda mereka.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.