Aktiviti homeschool hari ni fokus pada penambahan dalam lingkungan nombor 1 hingga 10. Guna pendekatan hands-on, aktiviti ni bukan saja menyeronokkan tapi juga membantu anak-anak untuk faham konsep asas tambah dengan lebih mudah.
Jom tengok macam mana kita boleh guna bahan-bahan yang simple tapi sangat membantu untuk belajar tambah!
Abacus Warna-Warni
Anak-anak boleh main abacus ni untuk kira dan faham tambah dengan lebih jelas. Setiap bebola yang digerakkan mewakili satu unit tambahan, jadi mereka nampak sendiri macam mana nombor tu bertambah.

Kad Nombor & Klip Baju
Dengan klip baju berwarna-warni, anak-anak boleh kira sambil lekat klip pada kad nombor. Ini cara yang best untuk mereka nampak nombor yang mewakili jumlah klip yang dipegang.

Shells & Lembaran Nombor
Guna kulit kerang di atas lembaran “One Less, My Number, One More,” anak-anak boleh faham konsep nombor bertambah dan berkurang sambil main.

Racing Game Tambah
Aktiviti lumba kereta ni memang seronok! Anak-anak boleh gerakkan kereta mengikut jumlah tambah. Mereka akan excited sambil belajar tambah sebab rasa macam main game.

Aktiviti Cup Tambah
Guna cawan kertas dan bola kecil untuk buat operasi tambah yang mudah. Anak masukkan bola ikut jumlah dan mereka boleh nampak sendiri hasil tambahnya.

Math Cubes Towers
Dengan blok kiub, anak-anak boleh bina ‘menara’ ikut soalan tambah macam 5+2. Setiap blok menunjukkan jumlah dan mereka nampak dengan jelas berapa jawapannya.

Bee Addition Cards
Kad lebah ni ada soalan tambah simple. Anak boleh letak nombor kecil pada kad, jadi mereka nampak operasi tambah dengan cara yang mudah dan menarik.

Butterfly Addition Plate
Anak guna rama-rama plastik untuk tambah. Ini sesuai untuk anak yang suka visual sebab mereka boleh kira rama-rama untuk dapat jawapan.

Klip Baju Berwarna & Nombor Pada Lantai
Anak susun klip baju pada kad nombor untuk jawab soalan tambah. Aktiviti ni sesuai untuk anak yang suka guna tangan dan boleh belajar sambil main.

Baca juga: Thumbers: Strategi Tulis Nombor Guna Jari Je
Semua aktiviti ni membantu anak belajar tambah dalam cara yang fun dan interaktif. Guna bahan-bahan yang simple, mereka bukan saja belajar matematik tapi juga bina keyakinan dalam buat kira-kira. Memang seronok bila belajar sambil main macam ni!
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.