Dalam dunia homeschool ni, jangan dilihat yang indah-indah saja. Everyone had their own struggle. Sejujurnya nak didik anak sendiri lagi mencabar dari didik anak orang lain. Banyak pengalaman pahit manis bila tekad homeschool anak-anak.
Saya pilih untuk mendidik anak bukan kerana saya lebih hebat daripada golongan pendidik profesional, tapi sebab saya kenal anak saya melebihi orang lain. Tapi insyaAllah jika ada yang saya tak mampu saya akan usahakan anak-anak untuk mendapat pendidikan terbaik di luar sana.
Tipulah cakap saya tak pernah rasa stress bila galas tanggungjawab ibu, isteri dan homeschooler ni. Tapi Alhamdulillah,bila saya cuba amalkan tips di bawah, saya rasa konsisten untuk homeschool anak-anak.
Tips dibawah saya kongsikan hasil dari pembacaan dan pengalaman sedia ada saya yang masih lagi newbie dalam dunia ini. Maaf segala kekurangan.
1. Mulakan hari dengan fikiran yang positif dan selalulah bersangka baik dengan Allah.
Anak-anak juga ujian dari Allah untuk kita bersabar. Setiap pagi sebelum mulakan homeschool, banyakkan berdoa supaya Allah permudahkan urusan harian mendidik anak-anak.
2. Jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain.
Selalu kita cepat rasa down kan kalau tengok anak orang lain yang dah maju kedepan learning progress berbanding anak kita. Atau kita rasa down bila tengok anak orang lain macam-macam aktiviti buat, tapi kita tak buat lagi.
Slow down! Luangkan masa kenal anak sendiri sebelum mulakan formal lesson. Kenal gaya pembelajaran anak, kenal minat anak, kenal kemampuan anak. Remember that you know your kids better than others.
3. Jadi diri sendiri.
Terlalu sibuk menilai orang lain sampai terlupa nilai diri sendiri. Faktor ilmu, kewangan, masa, pemilihan approach, gaya pengajaran antara faktor yang bezakan kita dengan orang lain. Jangan sesekali judge ibu yang mampu bila kita tak mampu. Dan jangan perlekehkan ibu yang tak mampu bila kita mampu.
4. Jangan terlalu banyak fikir apa nak buat dari bertindak.
Kita scroll Pinterest, Insta atau Facebook, screenshot sana sini sampai lupa nak buat mana satu keesokkan harinya. Bagi saya, untuk mudahkan, tulis perancangan terlebih dahulu supaya senang untuk bertindak. Goal without a plan is just a dream.
5. Pilih pendekatan dan kurikulum homeschool bersesuaian.
Jangan terlalu push diri sendiri buat apa yang tak mampu. Pilih pendekatan berdasarkan masa yang kita boleh peruntukkan bersama anak, bajet kawangan, minat anak. Nak unschooling silakan, nak guna montessori silakan, nak unit study silakan. Semuanya atas diri sendiri.
6. Sediakan rutin supaya sentiasa keep on track.
Bila ada rutin, anak-anak tahu apa nak buat. Rutin mestilah yang produktif tapi enjoyable dan tidak terlalu strict. Sebab itu saya suka plan mengikut time block. Sesuai dengan fitrah dan keperluan anak, saya blok masa untuk belajar, bermain, family time.
Dalam sehari, saya lebih peruntukkan waku bermain dari belajar. Untuk kurangkan tekanan, saya banyak berikan mereka free play. Weekend pula, anak-anak banyak habiskan masa dengan suami dan saya akan ‘curi’ sedikit masa untuk prepare untuk next lesson.
7. Cari sokongan dan follow mereka yang aktif homechool dan memberi inspirasi.
Dapatkan tips dan nasihat dari mereka. Selain itu, boleh lihat pelaksanaan aktiviti yang mereka lakukan, secara tak langsung akan mendapat idea dan insyaAllah akan mencetuskan semangat untuk sentiasa konsisten.
Lagi seronok, join Homeschool Group yang sangat membantu beri tips, idea dan semangat bila kita rasa down.
8. Jangan letak expectation yang tinggi.
Belajar terima keadaan diri anak sebab ada kalanya anak langsung tak minat nak belajar. Rehat dulu dan bersabar, lepas tu cuba ‘tackle’ anak lagi. Lepas anak dah berminat, puji usahanya, bukan hasil.
Baca juga: Cara Hilangkan Burnout dalam Homeschooling

InsyaAllah, ini apa yang saya amalkan dan masih mencuba untuk follow hari-hari. Semoga apa yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak membantu ibu-ibu untuk tidak berhenti mulakan didikan dari rumah. Ada lagi tips saya jemput ibu-ibu turut berkongsi ye. InsyaAllah.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.