Blog

Eksplorasi Aktiviti Sensori Bersama Anak-Anak

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan
aktiviti sensori

Haa, bukan anak-anak je yang excited bila buat aktiviti sensori macam ni, kita sebagai mak pun boleh rasa geram nak join sekali!

Mana taknya, tengok je water beads yang lembut tu, rasa nak picit-picit sampai puas. Tapi bukan sekadar picit, aktiviti ni sebenarnya penuh dengan pembelajaran yang tak kita sedar.

Sambil anak-anak main, saya sediakan kanta pembesar. Tujuannya, supaya mereka dapat tengok lebih dekat dan “zoom in” setiap benda kecil yang ada dalam water beads tu.

Anak-anak excited dengan water beads ni, saya pun saja letak mainan semut untuk bagi mereka faham macam mana rupa semut dengan telurnya.

Serius seronok tengok reaksi mereka, lebih-lebih lagi bila Afraz tengok dan terus cakap, “Banyaknya telur semut!” sambil picit-picit sampai puas hati, sambil menunggu “semut” keluar.

Tapi, apa yang orang tak nampak, aktiviti ni bukan sekadar untuk seronok-seronok je.

Aktiviti sensori macam ni ada banyak manfaat untuk perkembangan anak-anak kita. Kadang-kadang, aktiviti yang nampak simple tu lah yang sebenarnya beri impak besar pada pembelajaran mereka.

Kepentingan Aktiviti:

  • Perkembangan motor halus anak-anak. Bila mereka picit-picit beads, cari objek kecil dan guna kanta pembesar, mereka sebenarnya sedang melatih tangan dan jari mereka bekerja dengan lebih baik.
  • Meningkatkan memori anak-anak. Percaya tak, bila anak-anak belajar sambil main, otak mereka lebih cenderung untuk ingat benda tu lama. Jadi, aktiviti ni bantu mereka ingat lebih lama berbanding kaedah tradisional macam suruh mereka dengar atau baca je.
  • Rangsang rasa ingin tahu. Anak-anak akan explore benda-benda baru yang tak pernah mereka alami sebelum ni. Mereka belajar untuk bertanya, untuk perhatikan lebih teliti dan untuk terus bertanya “kenapa” dan “bagaimana.”

Baca juga: Sensory Play: Kunci Perkembangan Deria Anak

Saya suka aktiviti macam ni sebab bukan sekadar mengajar anak-anak, tapi juga menguatkan hubungan kita dengan mereka. Masa kita duduk sama-sama, main sama-sama, gelak tawa yang tercipta tu adalah memori yang tak ternilai.

Kita bukan saja ajar mereka tentang dunia, tapi juga tunjukkan yang kita selalu ada untuk explore dunia tu bersama-sama.

Jadi, kalau ada yang nak cuba aktiviti simple tapi bermanfaat ni dengan anak-anak, go ahead! Mereka akan seronok, dan kita pun dapat masa berkualiti bersama mereka. Serius, momen-momen macam ni yang akan kita kenang satu hari nanti. ❤️

Semoga bermanfaat insyaAllah!

 

pembelajaranmotor halusmemoriwater beads

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis