Blog

Printer, Si Hero dalam Homeschooling

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Resources

Kalau ada satu benda yang wajib ada kat rumah homeschooler, mesti printer masuk dalam list, kan? Printer ni memang penyelamat kita. Dari cetak lembaran kerja hinggalah projek seni anak-anak, semuanya jadi mudah. Jom saya share macam mana printer ni boleh buat hidup kita lebih senang dan homeschool jadi lebih fun!

1. Cetak Lembaran Kerja Anytime

Kadang-kadang, bila tengah ajar anak-anak, baru kita perasan, “Eh, Lais kurang fahami, boleh bagi latihan extra ni.” Tapi, bila adanya printer kat rumah, kita boleh terus cetak lembaran kerja bila-bila masa. Tak payah nak keluar cari buku latihan lagi. Cari je online, klik, cetak dah siap!

Semuanya boleh settle dari rumah. Anak-anak dapat latihan yang mereka perlukan, kita pun tak stress cari bahan tambahan. Serius, jimat masa dan tenaga!

2. Cetak Poster dan Bahan Belajar

Anak-anak ni kadang-kadang lebih cepat tangkap bila ada benda visual yang boleh tengok depan mata. Dengan printer, kita boleh cetak poster, carta atau peta untuk tampal kat dinding ruang belajar mereka.

Nak buat jadual kali yang colorful ke, atau peta dunia ke semua boleh print. Lagi best, kita boleh personalize ikut tema atau minat anak-anak. Ruang belajar pun jadi lebih ceria dan mereka pun lebih semangat nak belajar!

3. Projek Seni? Senang Je dengan Printer

Kalau anak-anak suka buat projek seni, printer memang kawan baik mereka. Kita boleh print template untuk mewarna, buat kraf atau cipta kolaj. Anak-anak boleh unleash their creativity tanpa batas. Kalau tersalah warna atau potong, tak ada hal, boleh print lagi sekali je!

Dengan printer, dunia seni mereka jadi lebih luas. Mereka boleh buat macam-macam projek yang fun, sambil kita pun happy tengok mereka seronok belajar.

4. Buat Flashcards dan Game Seronok

Selain itu, printer juga power untuk buat flashcards. Tak payah beli yang ready-made, kita boleh design sendiri ikut keperluan anak-anak. Nak ajar ABC ke, nombor ke atau bahasa baru, semua boleh buat sendiri. Siap boleh tambah gambar atau warna yang anak-anak suka.

Selain flashcards, kita boleh print game macam bingo, board game, atau puzzle. Anak-anak belajar sambil main. Confirm mereka enjoy!

5. Cetak Jadual dan Planner Homeschool

Untuk mak ayah yang suka semuanya tersusun, printer memang BFF kita. Kita boleh print jadual harian, mingguan, atau bulanan untuk anak-anak. Senang je, letak tugasan dan target yang mereka kena capai. Semua jadi lebih teratur, dan kita pun tak pening kepala nak ingat semua benda.

Planner homeschool yang saya hasilkan tu pun boleh print. Nak print banyak kali pun boleh. Semua aktiviti, tarikh penting  dan penilaian pembelajaran anak-anak kita boleh rekod. Dengan planner yang teratur, homeschool kita insyaAllah berjalan lagi smooth macam butter!

6. Simpan Kenangan Homeschool

Kita juga boleh guna printer untuk simpan kenangan manis homeschool. Print gambar aktiviti, hasil seni anak-anak  atau sijil pencapaian mereka. Simpan dalam album atau scrapbook. Nanti boleh tengok balik bila mereka dah besar. Trust me, momen-momen ni priceless!

Baca juga: Senarai Alat Tulis yang Perlu Ada untuk Mulakan Homeschool

printer homeschooling

Printer, Si Hero dalam Homeschooling

Dengan printer,  ia memang hero kita dalam homeschool. Dari cetak lembaran kerja sampai simpan kenangan, semuanya boleh settle dengan printer. Jadi, kalau rasa homeschool kita perlukan boost, pastikan printer sentiasa ada kat rumah. Pasti homeschool kita akan jadi lebih fun dan smooth! 

Boleh dapatkan printer seperti kami di sini: Printer homeschooling

printerpostersenibahan belajar

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis