Blog

Pendidikan Montessori di Rumah yang Praktikal

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan

Sebut sahaja tentang pendidikan Montessori tentu ramai yang terbayang dengan shelf yang dihidangkan permainan berkayu kan?

Lepas tu mula lah rasa tak dapat nak apply sebab lihat hastag #montessori di Instagram penuh dengan barangan mahal-mahal saja.

Ada Grimms, Grapat, Wobble dan banyak lagi yang telan air liur banyak kali bila tengok harganya. Tahu tak sebenarnya semua tu bukan keperluan wajib pun untuk mulakan pendekatan Montessori ni rumah?

Sebenarnya, Montessori bukan berfokus educational toys mahal semata-mata. Dan bulan orang kaya saja yang boleh aplikasinya.

Asalkan kita boleh mulakan persekitaran yang boleh mengalakkan minat anak beraktiviti dan menghasilkan pengalaman sendiri itu sudah cukup untuk bermula. Montessori lebih kepada satu gaya hidup.

Maksud disini pendekatan Montessori bukan semata-mata dalam kelas sahaja, tapi merupakan satu falsafah dan cara mendidik anak-anak dengan fokus pada pengembangan individu mereka.

Sejarah Model Montessori

Sebelum itu izinkan saya berkongsi sedikit latar belakang mengenai Model Montessori ini. Model Montessori dalam pendidikan awal kanak-kanak muncul dalam awal abad ke 20.

Dr. Maria Montessori ialah antara salah seora wanita pertama yang menerima ijazah dalam perubatan daripada Universiti Rome. Pada mulanya, beliau menubuhkan sekolah Montessori yang dikenali sebagai Casas dei Bambini untuk kanak-kanak kurang berkemampuan dan kurang upaya.

Di sekolah ini beliau menghabiskan masa selama 2 tahun bersama rakan-rakanya bagi melatih guru-guru dalam kaedah pemerhatian dan pendidikan kanak-kanak tersebut.

Di samping itu, beliau menghabiskan bersama kanak-kanak dengan membuat pemerhatian dan ujikaji dengan menggunakan pelbagai bahan dan kaedah serta menggunakan semua idea yang diperolehinya melalui kajian tersebut.

Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Montessori , anak-anak yang berusia 3 hingga 6 tahun mempunyai ciri-ciri yang universal dalam kehidupan mereka iaitu

  1. Mereka suka mengulang aktiviti yang menarik perhatian mereka.
  2. Mereka suka melakukan aktiviti dalam keadaan yang tenang.
  3. Mereka boleh belajar tanpa perlu diberikan reward atau punishment.
  4. Merek suka berdikari dan suka diberi kepercayaan melakukan aktiviti sendiri.
  5. Mereka mampu memperbaiki kesalahan mereka sendiri.
  6. Mereka ingin rasa kebebasan untuk melakukan aktiviti dengan caranya sendiri.
  7. Mereka suka beraktiviti dengan alat yang ‘real’ daripada sekadar mainan.
  8. Mereka boleh menjaga persekitaran mereka supaya kekal teratur dan bersih.

Seperti Piaget, teori perkembangan Montessori juga adalah konstruktivis. Beliau menggambarkan peringkat dalam perkembangan atau tempoh sensitif untuk belajar. InsyaAllah saya akan ceritakan lagi prinsip dasar pendekatan montessori untuk post akan datang.

Memupuk Nilai Islam dalam Pendekatan Montessori

Sebagai umat Islam, kita juga turut diterapkan supaya mementingkan aspek kebersihan dan kekemasan dalam hidup kita. Untuk membiasakan sesuatu sebagai gaya hidup, kita seharusnya menjadikan nilai spiritual dalam ajaran Islam sebagai landasan penerapannya kepada anak-anak.

Ingatlah bahawa anak yang kita lahirkan dalam keadaan fitrah, dalam keadaan mengakui keberadaan Allah subhanahu wata’ala sebagai Tuhannya. Oleh itu, sebagai ibu-bapa kita boleh menyatukan sifat fitrah anak dengan cara mendidik anak yang diterapkan. Kaedah Montessori di rumah boleh dimodifikasi dengan menerapkan nilai-nilai Islam sesuai dengan fitrah kanak-kanak. Contohnya:

  1. Mendidik anak melalui contoh tauladan yang baik.
  2. Mendidik anak dengan cara pemerhatian dan pengawasan.
  3. Menjadi pendengar setia bila anak bercakap.
  4. Terima anak seadanya dan raikan perbezaannya.
  5. Terapkan nilai kebersihan dan kekemasan.

Baca juga: Eksplorasi Aktiviti Sensori Bersama Anak-Anak

Menyusun Gaya Pembelajaran Mengikut Keperluan Anak

Tapi untuk membuat keputusan pendekatan pendidikan apa yang sesuai dengan keperibadiaan dan keperluan anak-anak adalah keputusan peribadi dan hak masing-masing. Yang penting kenal anak dan adaptasi mengikut keperluan dan kemampuan kita.

” The greatest gifts we can give our children are the roots of responsibility and the wings of independence”

– Dr Maria Montessori

 

montenssorispiritualkaedahpersekitaran

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis