Blog

Pendekatan Pendidikan Yang Boleh Dipilih

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Homeschool

Bila kita cakap pasal homeschool, ramai yang tak tahu sebenarnya ada pelbagai pendekatan yang boleh dipilih dan disesuaikan mengikut keperluan dan gaya pembelajaran anak-anak.

Setiap keluarga berbeza, jadi cara homeschool pun boleh berbeza. Tak ada satu pendekatan yang betul atau salah. Tapi, semuanya bergantung kepada apa yang sesuai dengan gaya hidup dan matlamat pendidikan keluarga kita.

Tradisional

Pendekatan yang serupa dengan pembelajaran di sekolah tradisional, di mana anak-anak mengikuti kurikulum yang terstruktur dan menggunakan buku teks sebagai sumber pembelajaran. Ada meja belajar dan juga jadual waktu seperti di sekolah.

     Kelebihan:

  • Memberikan struktur yang jelas dan terarah dalam pembelajaran
  • Berpandukan sukatan yang dah ditetapkan

Unschooling

Unschooling adalah pendekatan homeschool yang menekankan pembelajaran yang semulajadi dan spontan. Anak-anak diberi kebebasan untuk mengeksplorasi minat mereka tanpa terikat kurikulum atau jadual yang ditetapkan. Kebiasaanya unschoolers tidak mengamalkan pembelajaran secara formal tapi lebih kepada pengalaman harian, pemerhatian, dan interaksi dengan dunia sekeling.

     Kelebihan:

  • Pendekatan pembelajaran semula jadi. Lebih mengikut minat dan pilihan anak untuk belajar. (interest-led, and child-led learning).

Montessori

Pendekatan yang lebih memberi fokus pada perkembangan semulajadi anak dan memberi mereka kebebasan untuk belajar. Menggunakan alat dan bahan pembelajaran yang boleh dimanipulasi untuk membina pemahaman konsep secara konkit sebelum bergerak ke perkara yang lebih abstrak.

     Kelebihan:

  • Lebih kepada hubungan dinamik antara anak, ibu ayah dan juga persekitaran pembelajaran. – Menggalakkan pembelajaran aktif dan interaktif.

Pendekatan Islamik

Pendekatan yang mengintegrasikan ajaran agama Islam ke dalam seluruh kurikulum. Silibus pelajaran seiring dengan nilai-nilai Islam diajar bersama dengan pelajaran akademik, memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang selaras dengan kepercayaan Islam.

     Kelebihan:

  • Dapat memperkukuhkan pemahaman agama dan nilai-nilai Islam pada anak-anak. Selain itu dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai dengan      prinsip-prinsip Islam.

Unit Study

Pendekatan Unit Study berkembang mengikut urutan dari topik ke topik. Anak-anak mempelajari pelbagai subjek melalui topik pusat yang mereka terokai yang ditetapkan secara tematik. Pembelajaran akan disesuaikan dengan tahap kemahiran yang berbeza, pelbagai gaya pembelajaran, dan pelbagai kecerdasan. Subjek utama ini b Jadi, anak-anak dapat membuat hubungan yang bermakna antara pelbagai mata pelajaran.

     Kelebihan:

  • Menggalakkan pemahaman menyeluruh dan keterhubungan antara topik serta mendorong minat dan kreativiti dalam pembelajaran

Project-Based Learning

Pendekatan Project-Based Learning  melibatkan pembelajaran melalui projek atau tugas yang berkaitan. Anak-anak memilih topik yang menarik bagi mereka dan belajar melalui kolaborasi, dan pembentangan projek yang akhirnya mencapai pemahaman yang lebih dalam.

     Kelebihan:

  • Mendorong keterlibatan aktif anak-anak serta dapat mengembangkan keterampilan kolaborasi, komunikasi, dan pemikiran kritis.

Waldorf

Kaedah Waldorf Homeschooling diciptakan oleh seorang lelaki Austria bernama Rudolf Steiner pada tahun 1919. Kanak-kanak di homeschool Waldorf tidak menggunakan buku teks standard; sebaliknya, anak-anak membuat buku mereka sendiri. Kaedah homeschooling Waldorf juga tidak menggalakkan penggunaan televisyen dan komputer kerana mereka percaya bahawa komputer tidak baik untuk kesihatan dan kreativiti

     Kelebihan:

  • Memupuk imaginasi, kreativiti, dan penghargaan terhadap seni

Charlotte Mason

Pendekatan Charlotte Mason menekankan pada pendidikan yang membangunkan pendidikan karakter, seni, sastera, muzik, dan pengalaman alam. Pendekatan ini memperhatikan cara semulajadi anak belajar, dengan pembelajaran langsung, dan interaksi dengan alam

     Kelebihan:

  • Pembelajaran sangat bermakna bila anak dapat belajar dengan persekitaran semulajadi

Eclectic

Pendekatan ini melibatkan penggunaan pelbagai pendekatan dan kaedah pembelajaran. Homeschooler alam menggabungkan elemen- elemen yang terbaik dari pelbagai pendekatan dan mengadaptasikannya kepada keperluan dan minat anak-anak mereka. Mereka dapat menggabungkan pengajaran formal, pembelajaran berstruktur, atau pendekatan yang lebih fleksibel berdasarkan keperluan individu.

     Kelebihan:

  • Sangat fleksible dan ada kebolehadaptasian yang sangat tinggi. ibu bapa boleh memilih sumber ikut keperluan dan minat anak.

Baca juga: Pilihan Kaedah Homeschooling di Malaysia

pendidikan

Dengan adanya pelbagai pilihan pendekatan homeschool ini, kita boleh pilih gaya yang paling sesuai dengan anak-anak dan keluarga. Setiap pendekatan ada kelebihannya sendiri dan yang penting, pilih yang dapat memberi ruang untuk kita sesuaikan pembelajaran mengikut keunikan dan keperluan keluarga kita.

montenssoritradisionalunschoolingIslamik

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis