Blog

Pilihan Kaedah Homeschooling di Malaysia

oleh Hanis Athirah dalam Homeschool

Di Malaysia, homeschooling menjadi pilihan bagi ramai mak ayah yang nak lebih kebebasan dalam pendidikan anak-anak. Homeschool ni fleksibel dan boleh disesuaikan ikut keperluan keluarga masing-masing.

Ada beberapa kaedah yang boleh dipilih dan semuanya boleh diatur ikut apa yang paling sesuai dengan anak-anak dan cara hidup keluarga.

  1. Homeschool dengan Ibu Bapa Sebagai Guru  ( Parent-Led Homeschooling )

Untuk kaedah ni, mak ayah bertanggungjawab sepenuhnya dalam pembelajaran anak-anak. Mereka akan rancang kurikulum, pilih bahan ajar, dan urus jadual harian yang sesuai dengan keperluan anak. Homeschool jenis ni memberi kebebasan penuh untuk mak ayah tentukan cara terbaik untuk anak belajar. Misalnya, kalau anak suka aktiviti kreatif atau belajar melalui eksperimen, mak ayah boleh susun pembelajaran ikut minat dan keupayaan anak.

Walaupun kaedah ini memerlukan masa dan komitmen dari mak ayah, tapi bagi saya kaedah ini sangat fleksibel dan boleh disesuaikan dengan gaya hidup keluarga. Anak-anak boleh belajar mengikut keselesaan mereka dan mak ayah dapat memberi tumpuan penuh kepada perkembangan individu setiap anak.

2. Kumpulan Homeschool Ibu Bapa ( Parent Group Homeschooling )

Kaedah ini melibatkan beberapa keluarga homeschool yang berkumpul untuk buat sesi pembelajaran bersama. Mak ayah dalam kumpulan ni akan bergilir-gilir mengajar subjek yang mereka rasa selesa dan mahir. Contohnya, ada mak yang ajar seni kreatif dan ayah lain mungkin ajar subjek sains. Setiap keluarga boleh membawa kepakaran mereka sendiri, menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan pelbagai untuk anak-anak.

Kelebihan utama homeschool berkumpulan ni ialah anak-anak masih boleh berinteraksi dengan rakan sebaya dan membina hubungan sosial yang baik. Mereka belajar dalam suasana yang lebih santai tapi tetap dapat manfaat daripada pelbagai gaya pengajaran. Untuk mak ayah pula, kaedah ini meringankan beban mengajar kerana tugas diuruskan secara bersama-sama. Setiap keluarga dapat sokongan moral dan boleh berkongsi pengalaman serta idea dalam perjalanan homeschool mereka.

3. Sekolah Homeschooling (Homeschooling School)

Kaedah ini memberikan peluang untuk anak-anak hadir ke sekolah, tetapi dengan pendekatan pembelajaran yang lebih fleksibel. Biasanya, sekolah-sekolah ini menawarkan kurikulum yang lebih terbuka, di mana pembelajaran bukan hanya terhad kepada buku teks, tetapi juga melalui aktiviti praktikal, projek berasaskan minat dan kajian lapangan. Anak-anak boleh belajar dengan cara yang lebih holistik, mengikut minat dan gaya pembelajaran mereka sendiri.

Sekolah homeschooling ni sesuai untuk keluarga yang mahukan struktur sekolah dengan elemen kebebasan dalam pembelajaran. Anak-anak masih mendapat peluang untuk bersosial dan terlibat dalam aktiviti berkumpulan seperti sukan dan kelab, tetapi mereka juga belajar dalam suasana yang lebih personal. Selain itu, sekolah ini biasanya mengurangkan tekanan daripada peperiksaan formal dan membenarkan anak-anak meneroka topik dengan lebih mendalam.

Pilihan Kaedah Homeschooling di Malaysia

Pilihan Kaedah Homeschooling di Malaysia

Tak kira kaedah mana yang dipilih, yang penting adalah anak-anak dapat belajar dalam suasana yang sesuai dengan mereka. Homeschool ni memang fleksibel,  mak ayah boleh susun ikut cara dan minat anak-anak. Sama ada ajar sendiri, join kumpulan, atau hantar ke sekolah homeschool, semua boleh diatur ikut kesesuaian. Nak tahu cara mudah homeschool, baca sini. 

Apa yang penting, anak-anak happy dan dapat belajar dengan cara yang mereka suka!

homeschoolbelajar di rumahtips belajaribu bapakomitmenhomeschool malaysia

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan kini ibu yang tekad menjalankan homeschooling untuk anak-anak saya. Dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang pendidikan, saya bersemangat untuk berkongsi sumber, tips dan pengalaman saya dalam perjalanan homeschooling di website ini. Saya juga hasilkan planner homeschool yang direka untuk membantu ibu bapa mengatur pendidikan anak-anak mereka dengan lebih efektif.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis