Dua hari lepas kami buat Nature Art Project menggunakan bahan semulajadi dan barang-barang kitar semula untuk perjalanan aktiviti homeschool kami.
Tujuan projek kali ni supaya anak-anak dapat belajar untuk menghargai alam sekitar sambil bantu kembangkan kreativiti mereka.
Dekat Norway sekarang dah masuk musim autumn, jadi memang cantik variasi warna daun yang dapat dilihat. Seronok lah anak-anak buat aktiviti ni Alhamdulillah.
Simple je projek ini, saya share ‘ lesson plan’ ya.
1. Pilih Tema atau Idea
Pertama sekali, ajak anak-anak tentukan tema atau idea mereka. Pilih tema yang menarik dan relevan. Macam Lais katanya nak tema bugs dan adiknya Qais pula nak tema sea animals. Kita raikan , tengok macam mana kreativiti mereka untuk olah idea ni.
2. Kutip Bahan Semulajadi
Anak-anak kutip bahan semulajadi yang sesuai dengan tema mereka di luar rumah. Contohnya, daun, ranting, batu, pasir, kulit kayu, berries atau apa sahaja yang boleh mereka jumpai. Paling penting untuk anak² sentiasa berhati-hati dan tak merosakkan alam semulajadi semasa mengutip bahan.
3. Barang Kitar Semula
Selain bahan semulajadi, anak-anak juga boleh menggunakan barang kitar semula. Anak-anak bersepakat untuk guna kotak pizza sebagai latar belakang projek. Alhamdulillah boleh jadikan projek ini lebih mesra alam.
4. Rancangkan Projek Seni
Sebelum mula projek, anak-anak berfikir untuk buat rancangan kasar tentang bagaimana mereka ingin seni itu kelihatan. Start lukis dulu, start senaraikan dulu apa yang dikutip.
5. Mulakan Projek
Seterusnya anak-anak pun mulakan dengan meletakkan bahan semulajadi dan barang kitar semula yang mereka kumpul atas permukaan kerja. Masa ni saya ada bantu mereka apa yang patut, contohnya lekatkan bahan-bahan itu bersama-sama.
Baca juga: Kepentingan Dedahkan Anak Dengan Outdoor Activities and Play
Paling penting, kita raikan proses pembelajaran anak-anak ni. Jangan terlalu fokus hasilnya.
Percaya bahawa setiap proses itu ada nilai yang tersendiri. Beri peluang untuk anak-anak mengekplorasi kreativiti, menghargai keunikan setiap bahan semulajadi dan meningkatkan kesedaran pentingnya menjaga alam semula jadi yang Allah ciptakan.
Tips penting saya pesan dekat anak, jangan takut untuk mencuba beberapa konsep dan eksperimen dengan bahan yang berbeza. Kadang-kadang, hasil akhir yang paling menarik muncul daripada banyak percubaan dan kesilapan.
Maka, alhamdulillah dah siap projek homeschool kami. Berapa bintang nak bagi ni Lais Qais tanya

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.