Menjadi seorang ibu adalah satu anugerah yang luar biasa, sebuah perjalanan yang dipenuhi dengan pelbagai warna.
Dari saat-saat gembira, cabaran, hingga keletihan yang mendalam.
Setiap hari membawa pengalaman baru, dan melalui pengalaman-pengalaman ini, saya belajar bahawa anak-anak tidak memerlukan ibu yang sempurna.
Mereka hanya perlukan ibu yang hadir, yang ada di sisi mereka, memberikan kasih sayang yang tulus tanpa syarat.
Anak-Anak Perlukan Ibu Yang Hadir, Bukan Sempurna
Saya belajar yang anak-anak sebenarnya tak kisah kita ni tahu semua atau tak.
Mereka cuma nak kita ada dengan mereka. Saya ingat lagi, ada hari bila anak tiba-tiba cakap,
“Mama, boleh tak stop kejap dan duduk tengok saya main?”
Masa tu saya tengah sibuk, tapi bila saya letak kerja tepi dan duduk sebelah dia, muka dia terus ceria. Dari situ saya faham, kehadiran kita tu lebih bermakna dari apa pun.
Masa Berkualiti Tak Semestinya Lama
Tahun ni, saya perasan, tak perlu masa yang lama untuk buat anak-anak happy.
Kadang-kadang, 15 minit fokus sepenuhnya pada mereka.
Main, bercerita atau dengar apa yang mereka nak cakap, itupun dah cukup buat mereka rasa disayangi.
Yang penting, masa tu kita betul-betul ada untuk mereka tanpa gangguan.
Kesabaran Itu Bentuk Ibadah
Ada masa, kesabaran saya diuji sampai rasa tak mampu nak hadap lagi.
Tapi saya belajar, sabar ni bukan sekadar tahan marah.
Tapi juga cara kita mendekatkan diri pada Allah. Saya cuba ajar diri untuk tarik nafas, istighfar dan ingat ganjaran sabar yang Allah janjikan.
Bila saya sabar, bukan saja hubungan dengan anak-anak jadi lebih baik, tapi hati saya sendiri rasa lebih tenang.
Syukur Dengan Nikmat Kecil
Tahun ni saya belajar untuk lebih peka dengan nikmat-nikmat kecil yang Allah beri.
Macam masa anak peluk saya tiba-tiba, masa mereka ucap, “Mama, saya sayang mama”.
Semua kenangan ni buat saya sedar, motherhood adalah peluang untuk kumpul pahala dalam setiap perkara yang kita buat, walaupun sekecil senyuman untuk anak.
Dulu saya rasa macam selfish kalau ambil masa untuk diri sendiri.
Tapi tahun ni saya belajar, bila saya jaga diri dengan rehat, makan dengan ikut waktu atau luangkan masa untuk diri sendiri saya jadi lebih sabar dan tenang dengan anak-anak.
Allah amanahkan kita dengan anak-anak, tapi Dia juga suruh kita jaga diri supaya kita mampu laksanakan amanah tu.
Baca juga: Ada Dua Jenis Ibu Yang Pilih Untuk Jadi Surirumah

Dalam perjalanan motherhood ini, saya belajar bahawa ia bukan tentang menjadi ibu yang sempurna, tetapi tentang hadir untuk anak-anak, memberi perhatian, dan bersabar dengan setiap fasa yang mereka lalui.
Setiap saat kecil, seperti pelukan atau kata-kata manis mereka, adalah nikmat yang tak ternilai. Motherhood adalah peluang untuk kita bukan sahaja mendidik anak-anak, tetapi juga memperbaiki diri kita—menjadi lebih sabar, lebih bersyukur, dan lebih dekat dengan Allah.
Pada akhirnya, apa yang anak-anak perlukan hanyalah ibu yang benar-benar ada untuk mereka, walaupun tidak sempurna.
Dapatkan planner disini untuk memudahkan ibu ayah rancang subjek untuk anak-anak.
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.