Jadi seorang ibu dengan adanya anak-anak yang masih kecil, pemandangan mainan bertaburan, pinggan bertimbun dekat sinki dan baju kotor yang menggunung ni dah macam jadi rutin harian.
Kerja yang tak pernah habis, seolah-olah tak ada penghujungnya. Kadang-kadang, rasa letih tu mula datang, mulalah mengeluh bila la semua ni akan benar-benar habis?
Tapi tiba-tiba, hati saya tersentap. Ya Allah, semua ‘beban’ ni, kalau saya renung dari sudut lain, sebenarnya bukan beban langsung. Kalau saya buka mata hati, all these little messes are actually blessings.
Setiap sepah tu sebenarnya ada kisah tersendiri. The toys scattered around, crayons left on the floor, drawings yang tak siap. Semuanya tanda anak-anak tengah explore dunia mereka.
Dunia Imaginasi Anak-Anak
Mereka bina dunia imaginasi dengan cara yang kita mungkin tak faham, tapi mereka sendiri ‘tenggelam’ dalam dunia kecil tu. Setiap lego yang bertaburan, cap jari kecil kat cermin, semua tu bukti yang mereka masih kecil, still in that beautiful, messy and innocent stage.
Mainan yang berselerak tu sebenarnya tanda anak-anak saya masih kecil, masih ada di sisi, masih perlukan saya.
Bukankah itu satu nikmat yang luar biasa? Isn’t that a beautiful reminder of love and life, right here in our home?
Lepas makan, tengok pinggan mangkuk bertimbun dalam sinki, ada hari memang rasa lelah, rasa macam tak habis-habis nak cuci.Tapi bila fikir balik, pinggan-pinggan tu semua bukti yang kami cukup makan, yang kami ada rezeki untuk makan bersama-sama.
Berapa ramai orang kat luar sana yang berharap dapat makan sekali dengan keluarga, tapi tak berpeluang? Saya terfikir, berapa ramai di luar sana yang harap ada peluang makan sekali dengan keluarga, tapi mungkin tak ada kesempatan. Sedangkan saya, setiap hari, diberi nikmat ni walaupun selepas tu kena cuci pinggan bertimbun.
Dan baju-baju yang menimbun tak dilipat lagi. Rasa lelah, tapi juga ada cerita di setiap helai. Baju anak-anak yang kotor sebab mereka aktif explore, baju suami dengan sisa peluh kerja keras untuk keluarga dan baju saya sendiri, penuh dengan bau masakan dan kesan pelukan anak-anak.
Kehidupan Penuh Makna
Semua ni adalah bukti kecil kehidupan kami yang tak sempurna tapi penuh makna. Baju yang masih bau masakan, yang ada cap jari anak-anak. Semua tu bukti kasih sayang yang masih segar dan terasa dekat.
Kadang-kadang, saya terfikir, betapa cepat masa berlalu. Satu hari nanti, anak-anak akan besar, mereka mungkin akan ada kehidupan sendiri. Rumah ni akan jadi sunyi dan mainan yang selalu berselerak tu takkan ada lagi.
Pinggan-pinggan mungkin takkan bertimbun macam dulu, dan baju yang perlu dilipat pun mungkin tinggal beberapa helai saja. Rasa penat yang ada sekarang, suatu hari nanti mungkin akan bertukar jadi rindu bila semua ni dah berlalu.
Lapangkan Hati
Jadi sekarang, bila rasa penat tengok rumah bersepah, saya cuba tarik nafas panjang dan tengok semua ni dengan hati yang lapang. Yes, it’s tiring, but it’s also a reminder that we’re still here, still together.
Allah masih bagi rezeki untuk kami jalani hari-hari ni, dengan semua keletihan yang penuh makna. Setiap sepah, setiap pinggan, setiap helaian baju – semuanya bukti cinta yang Allah titipkan.
Hari ni, saya nak cuba tengok semua kepenatan ni dengan mata yang lebih ikhlas.
Bila saya bersihkan mainan anak-anak, saya nak ingat yang tak selamanya mereka kecil macam ni, tak selamanya mereka perlukan saya susun balik mainan mereka.
Selain itu, bila saya basuh pinggan, saya nak ingat yang setiap pinggan tu tanda kami cukup makan, cukup rezeki.
Bila saya lipat baju, saya nak ingat yang setiap helai baju tu adalah bukti cinta kami sekeluarga, bukti yang Allah beri peluang untuk kami hidup bersama.
Baca juga: Gantikan Hukuman dengan Tindakan Logik untuk Mendidik Anak
Lelah Adalah Anugerah
MasyaAllah, betapa berharganya semua ni. Kadang-kadang kita lupa, sibuk cari kesempurnaan sampai tak nampak nikmat yang Allah letak betul-betul depan mata.
Every bit of tiredness, setiap lelah ni adalah satu anugerah yang besar.
Isn’t it a blessing to have a messy, beautiful, lived-in home that’s filled with love? A house full of noise, laughter and a bit of chaos. Inilah bukti kehidupan yang tak sempurna tapi penuh makna.
Satu peluang untuk kita hargai masa yang kita ada sekarang. Sebab semua ni, tak akan kekal selamanya.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.