Blog

Kami Homeschool Bukan Kerana Silibus Dah Tak Relevan

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Homeschool
homeschool

Saya homeschool bukan sebab nak kata sistem pendidikan atau silibus tak ok tau . Bukan juga sebab saya rasa sekolah-sekolah sekarang huru-hara. Pada saya, sistem pendidikan kita masih ada banyak kebaikan dan berfungsi dengan baik untuk ramai orang. 

Ramai anak-anak yang cemerlang dalam sekolah dan banyak guru yang berdedikasi melakukan yang terbaik.

Tapi, untuk keluarga saya, homeschooling adalah satu cabang yang kami pilih.

Homeschooling bukan satu fenomena atau trend yang saya ikut-ikut orang. Ia bukan sebab saya tengok ramai orang mula buat homeschool, jadi saya pun nak cuba. Homeschooling adalah keputusan yang datang daripada keinginan untuk beri anak-anak peluang belajar. Ianya datang dalam cara yang lebih fleksibel dan personal, sesuai dengan keperluan mereka.

Keputusan ni bukan dibuat sekelip mata, tapi lepas banyak pertimbangan, perbincangan dengan pasangan dan memahami apa yang terbaik untuk anak-anak.

Kebebasan dalam Pembelajaran

Saya tahu homeschooling perlukan komitmen yang besar, dan saya tak buat keputusan ni dengan sekelip mata. Saya pilih homeschool sebab saya nak beri anak-anak kebebasan untuk belajar dengan cara mereka sendiri, pada masa yang sesuai dengan mereka.

Kalau ada topik yang mereka minat, kami boleh habiskan lebih banyak masa untuk mendalami topik tu tanpa perlu bimbang tentang silibus yang perlu dikejar. Contohnya, bila anak saya tiba-tiba minat tentang angkasa lepas, kami boleh buat projek besar tentang itu, pergi muzium, tengok dokumentari, buat eksperimen berkaitan dan dia seronok sambil belajar.

Fokus pada Perkembangan Individu

Homeschool juga bagi saya peluang untuk fokus pada perkembangan individu anak-anak. Dalam sistem sekolah, walaupun guru-guru cuba yang terbaik, kadang-kadang sukar nak beri perhatian penuh kepada setiap anak dalam kelas yang besar.

Tapi bila homeschool, saya boleh perhatikan setiap perkembangan anak saya dengan lebih dekat, saya boleh tahu di mana kekuatan mereka, apa yang perlu diperbaiki, dan apa yang buat mereka lebih berminat. Pendekatan ini sangat personal, dan itulah yang saya suka.

Pembelajaran Dari Dunia Sebenar

Homeschool bukan sekadar tentang pelajaran formal, tapi tentang memberi anak-anak peluang untuk belajar daripada dunia sebenar. Kami boleh bawa pembelajaran ke mana-mana. Kalau kami melancong, anak-anak boleh belajar tentang budaya baru, sejarah tempat yang kami lawati, bahasa asing, dan pelbagai lagi. Mereka belajar bukan hanya dari buku, tapi dari pengalaman hidup, dan saya rasa itu adalah salah satu cara terbaik untuk membentuk kefahaman mereka tentang dunia.

Baca juga: Kami bukan anti sekolah

silibus

Bukan untuk “Lari” dari Sistem

Saya tak homeschool sebab nak “lari” dari sistem, atau sebab ikut trend semata-mata. Saya homeschool sebab saya percaya anak-anak saya akan dapat manfaat besar dari cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan bebas. Mereka boleh explore minat mereka dengan lebih mendalam, belajar dengan cara yang mereka suka. Pada masa yang sama, kami sebagai keluarga dapat luangkan lebih banyak masa berkualiti bersama.

Homeschooling adalah pilihan yang saya buat dengan hati yang penuh kesedaran, dan bagi saya, ia adalah keputusan terbaik untuk anak-anak dan keluarga saya.

pertimbanganperbincanganformalsyllabus

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis