Blog

Jenis-Jenis Gred Pensel

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Resources
gred pensel

Memang kebiasaan sebelum ni, anak-anak akan guna gred pensel 2B untuk menulis, melakar dan melukis.

Tapi bila dah anak mula guna pensel 4B sampai habis pendek pensel yang diguna. Tiap-tiap hari asah, jadi pensel favourite, tak guna yang lain dah.

Jadi dekat sini saya share kegunaan pensel dengan beberapa gred tertentu untuk anak-anak berdasarkan apa yang saya tahu.

HB (Hard Black)

Pensel HB sesuai digunakan untuk menulis dengan garis yang jelas dengan matanya yang halus. Pensel digunakan untuk membuat lakaran ringkas dengan lebih terperinci.

2B

Pensel 2B baik untuk menulis dengan garis yang lebih lembut dan sesuai digunakan untuk aktiviti kreatif seperti membuat lakaran atau melukis objek sederhana.

4B

Pensel 4B memberikan lebih banyak kelembutan pada hasil tulisan dan sesuai untuk aktiviti menulis dengan gaya yang lebih artistik. Untuk melakar, gred ini juga berguna untuk membuat lakaran dengan kontrast yang lebih menonjol.

6B

Gred 6B memberikan kesan lebih gelap dan tekstur yang lebih ‘kaya’, sesuai digunakan untuk membuat lakaran dengan bayangan yang lebih mendalam.

7B, 8B

Pensel dengan gred 7B dan 8B memberikan hasil yang lebih gelap, ideal untuk mencipta bayangan yang lebih dramatik dan wow. Sesuai untuk aktiviti melukis yang memerlukan efek yang lebih menonjol.

Baca juga: Checklist Bahan Keperluan Homeschool

gred pensel

Bila memilih gred pensel yang sesuai, anak-anak seronok dapat mengeksplorasi pelbagai aktiviti kreatif dengan lebih berkesan, dari menulis hingga membuat lakaran dan melukis.

Untuk yang sekarang, memang saya suka lihat hasil tulisan anak bila guna pensel gred 4B, nampak jelas sangat tulisan yang ditulis.

Nak saya share lagi contoh pensel yang kami prefer? Ikuti artikel selanjutnya.

menuliskreatifpenselmelukis

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis