Blog

DIY Aktiviti Membaca Gabung Bunyi

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan

Gabung bunyi adalah salah satu asas penting dalam pembelajaran membaca. Bila anak dapat kuasai kemahiran gabung bunyi, mereka akan lebih mudah mengecam dan membaca perkataan baru dengan cepat dan lancar.

Kemahiran ini bukan sekadar untuk membantu mereka mengeja, tapi juga membolehkan mereka kenal bunyi sesuatu perkataan secara keseluruhan.

Selain itu, anak yang mahir dalam gabung bunyi juga akan lebih yakin membaca sendiri tanpa perlu bergantung kepada hafalan. Mereka boleh “decode” perkataan baru yang mereka temui, sekaligus menambah keyakinan diri dalam proses pembelajaran.

Hari ini saya nak share satu aktiviti mudah untuk bantu anak-anak belajar gabung bunyi. Aktiviti ni memang simple dan sangat bermanfaat, terutama kalau anak tengah belajar kenal huruf dan bunyi.

Bahan-bahan pun mudah je nak cari. Pastikan anak dah kenal huruf dan bunyi sebelum buat aktiviti ni, ya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cawan kertas
Marker
Pensel
Pisau pemotong kertasLangkah-langkahnya:

Langkah-Langkah

1. Ambil cawan kertas dan tulis huruf pada setiap satu. Contoh, satu cawan tulis huruf “b” dan satu lagi “a.”

No photo description available. No photo description available.

2. Susun cawan-cawan tersebut supaya anak boleh cuba gabungkan bunyi huruf-huruf tersebut menjadi satu perkataan atau bunyi yang bermakna, contohnya “ba.”

gabung bunyi No photo description available. gabung bunyi

3. Minta anak sebutkan gabungan bunyi tersebut untuk melatih kefahaman mereka tentang fonik.

gabung bunyi

Baca juga: 15 Pembelajaran Dan Kemahiran Untuk Anak 5 Tahun

Mudah je kan? Aktiviti ni sesuai untuk anak-anak yang baru nak belajar baca dengan teknik fonik. Dengan cara ni, mereka boleh belajar gabung bunyi dengan lebih seronok dan praktikal. Semoga bermanfaat dan boleh cuba di rumah dengan anak-anak. Happy learning!

Aktiviti ni bukan je membantu mereka belajar dengan lebih cepat, tapi juga buat mereka seronok sambil belajar. Kadang-kadang anak-anak ni cepat bosan kalau kena duduk lama-lama belajar, tapi bila kita buat cara yang lebih santai macam ni, mereka lebih fokus dan berminat. Senang je, kan? Selamat mencuba!

pembelajaranmembacamengecammengeja

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis