Blog

Otak Anak Bukan Google Drive, Kenali Had Cognitive Load

oleh Hanis Athirah dalam Pendidikan
Ilustrasi otak anak penuh dengan beban pembelajaran, menunjukkan tekanan belajar

Pernah tak rasa kecewa bila anak baru belajar 10 minit, tiba-tiba dah menguap, fokus ke laut?
Ramai ibu ayah termasuk saya pernah alami situasi ni.
Sebenarnya, bukan sebab anak malas tapi sebab cognitive load anak dah sampai hadnya.

Ramai ibu bapa rasa benda sama.
Dah explain elok, ulang step by step tapi anak masih nampak blur, fokus ke laut.

Sebenarnya, bukan sebab anak malas.
Tapi sebab otak mereka dah overload dengan cognitive load iaitu beban maklumat yang terlalu banyak untuk diproses dalam satu masa.

Apa Itu Cognitive Load?

Cognitive load = beban pemikiran dalam otak.

Setiap kali anak belajar benda baru, otak dia tengah:

  • Simpan info baru

  • Sambung dengan info lama

  • Faham konsep

  • Tapis mana penting

  • Dan ingat semua tu dalam masa yang sama

Macam laptop banyak tab makin berat, makin slow.
Ataupun macam Google Drive kalau storage tinggal sikit, nak upload pun tersekat.

⚠️ Bila Cognitive Load Terlebih…

Tanda-tanda otak anak dah overload:

  • Nampak lemau, mata layu

  • Mula buat perangai

  • Fokus drop tiba-tiba

  • Cepat frust, menangis, putus asa

Bukan sebab dia malas. Tapi sebab otaknya perlukan ruang.

Baca Sini : Apa Yang Berlaku Jika Kita Terlalu Kejar Kesempurnaan?

Jadi, Apa Kita Boleh Buat?

Cara bantu anak bila cognitive load dia penuh:

  1. Pecahkan info jadi lebih kecil – ajar sikit-sikit

  2. Guna visual, hands-on, atau cerita – bantu ingatan

  3. Rehatkan otak antara topik – proses perlahan-lahan

  4. Ulang dengan cara berbeza – bukan ayat sama

  5. Cipta suasana tenang dan fun – emosi ringan = load ringan

 Ilustrasi otak anak penuh dengan beban pembelajaran, menunjukkan tekanan belajar

Otak anak bukan Google Drive – bila overload, semuanya jadi berat

Anak Perlukan Ruang, Bukan Tekanan

Kadang kita terlalu fokus nak anak cepat pandai.
Sampai kita lupa otaknya belum sedia nak tampung semua serentak.

Perlahan bukan bermaksud gagal tapi tandanya anak tengah betul-betul proses dengan tenang.

Dan kita temankan mereka dengan sabar dan sayang.

💬 Nak tempat bercerita dan rasa difahami sebagai ibu ayah homeschooler?
Jemput join Group Facebook Support Homeschool Parents.

Seorang bekas guru KPM dan kini ibu yang tekad menjalankan homeschooling untuk anak-anak saya. Dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang pendidikan, saya bersemangat untuk berkongsi sumber, tips dan pengalaman saya dalam perjalanan homeschooling di website ini. Saya juga hasilkan planner homeschool yang direka untuk membantu ibu bapa mengatur pendidikan anak-anak mereka dengan lebih efektif.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis