Blog

Cara Nak Galakkan Anak Minat Membaca

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan
minat membaca

Nak galakkan minat membaca pada anak-anak memang memerlukan kesabaran, tapi dengan sedikit kreativiti, insyaAllah boleh jadi satu perjalanan yang sangat menyeronokkan.

Salah satu cara yang paling berkesan adalah dengan mula dari apa yang mereka minat. Kalau anak suka haiwan, carikan buku cerita yang penuh dengan kisah binatang comel. Kalau mereka suka superhero, cuba cari komik atau buku bergambar yang mudah difahami.

Bila mereka baca sesuatu yang mereka betul-betul minat, secara tak langsung mereka akan lebih teruja nak habiskan buku tu.

Selain tu, cuba jadikan membaca sebagai satu rutin harian yang dinanti-nantikan. Contohnya, sebelum tidur, cuba luangkan masa untuk baca buku bersama-sama. Tak perlu lama, cukup 15-20 minit sehari, tapi konsisten.

Kita juga boleh cipta sudut membaca yang cozy di rumah, letak bantal empuk, selimut dan lampu yang ada cahaya warm. Bila suasana tu inviting, anak-anak akan lebih seronok nak duduk dan baca buku.

Libatkan mereka dalam pemilihan buku juga satu langkah yang bagus. Bawa mereka ke kedai buku atau perpustakaan dan biarkan mereka pilih sendiri buku yang mereka nak baca.

Percayalah, bila mereka sendiri yang pilih, mereka akan rasa lebih excited nak habiskan buku tu. Ini juga ajar mereka untuk rasa bertanggungjawab dengan pilihan mereka.

Jangan lupa untuk beri pujian dan ganjaran kecil setiap kali mereka berjaya habiskan satu buku atau berjaya baca sendiri. Pujian macam “MasyaAllah hebatnya! anak mama boleh habiskan baca 3 halaman buku ni sendiri!” boleh buat mereka rasa dihargai dan tambah semangat nak terus membaca. Dan kalau kita sendiri suka membaca, tunjukkan pada mereka.

Anak-anak ni memang suka meniru apa yang kita buat, jadi bila mereka nampak kita enjoy baca buku, mereka pun akan rasa nak buat benda yang sama.

Baca juga: Tips dan Trick Mengatasi Masalah Anak Malas Belajar

minat membaca

Jadikan Membaca Aktiviti Menyeronokkan, Bukan Beban

Paling penting, kita kena pastikan mereka tak rasa membaca tu satu beban atau tugas yang membosankan. Jadikan membaca sebagai satu aktiviti yang seronok dan penuh dengan penemuan baru.

Bila mereka rasa seronok, mereka akan lebih cenderung nak terus membaca dan akhirnya, buku akan jadi teman baik mereka sepanjang masa. Dan itulah matlamat kita sebenarnya, nak anak-anak jatuh cinta dengan dunia buku, dan belajar untuk menikmati setiap cerita yang ada di dalamnya.

 

 

membacapujiankreativitibeban

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis