Blog

Apa Yang Berlaku Jika Kita Terlalu Kejar Kesempurnaan?

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Parenting

Bagi anak-anak, kesempurnaan yang kita selalu tekankan mungkin rasa macam satu beban. Mereka mula fikir mereka kena sentiasa betul, tak boleh buat silap dan kalau mereka gagal, maknanya mereka tak cukup bagus.

Kita mungkin rasa kita sedang mengajar mereka untuk mencapai sesuatu yang tinggi, tapi tanpa sedar, kita sebenarnya menanam rasa takut dalam hati mereka iaitu

Takut Mencuba

Takut Gagal

dan

Takut Tak Dapat Puaskan Hati Kita.

Apabila anak-anak terlalu risau untuk memenuhi standard ‘sempurna’ yang kita letakkan, mereka akan mula mengelak dari mencuba perkara baru.

Sebab dalam fikiran mereka, lebih baik tak buat langsung daripada buat dan gagal. Kalau mereka cuba pun, bila ada sedikit kesilapan, mereka cepat putus asa.

Akhirnya, mereka bukan saja kehilangan keberanian, tapi juga keseronokan dalam proses pembelajaran itu sendiri.

Anak-anak kita sebenarnya tak perlukan ibu bapa yang sentiasa mahukan segalanya sempurna.

Mereka perlukan kita yang sabar, yang boleh terima kelemahan mereka, dan yang sanggup duduk bersama mereka untuk melalui kesilapan demi kesilapan.

Bila si adik salah warnakan garisan, cuba kita cakap, “Cantiknya warna yang adik pilih! Mama suka tengok kreativiti adik. Kalau nak lebih kemas, kita cuba lagi sama-sama, ya?”

Atau bila abang hanya dapat 80%, katakan, “Mama bangga abang dah usaha sebaik mungkin. Lain kali, kalau nak cuba naikkan markah, kita tengok sama-sama soalan mana yang abang tersilap, boleh?”

Progress, Not Perfection!

Kita kena ingat, anak-anak belajar lebih banyak daripada proses berbanding hasil akhir. Kalau kita terlalu fokus pada keputusan, mereka akan rasa hanya kejayaan yang dihargai.

Tapi bila kita puji usaha mereka, mereka akan faham yang perjalanan untuk sampai ke sesuatu matlamat itu lebih penting.

Bila anak buat silap, jangan cepat marah atau kritik. Sebaliknya, tunjukkan yang kesilapan itu normal dan boleh diperbaiki.

Kita boleh kongsi pengalaman sendiri: “Masa mama kecil dulu, mama pun selalu salah dalam Matematik. Tapi sebab mama selalu cuba, lama-lama mama jadi faham.”

Bila mereka dengar kisah macam ni, mereka akan rasa lebih yakin untuk terus mencuba walaupun tak sempurna.

Apa yang paling penting, kita kena tunjukkan yang kita bangga dengan mereka bukan kerana mereka sempurna, tapi kerana mereka cuba sehabis baik.

Katakan pada mereka, “Mama sayang abang, tak kira berapa markah abang dapat. Yang penting abang cuba dan tak putus asa.”

Anak-anak yang tahu mereka diterima seadanya akan lebih berani mencuba dan lebih yakin dengan diri mereka.

Satu hari nanti, anak-anak kita mungkin tak ingat semua perkara yang kita suruh mereka buat dengan betul. Tapi mereka akan ingat perasaan mereka ketika bersama kita.

Mereka akan ingat sama ada kita buat mereka rasa cukup baik, atau selalu rasa serba kekurangan. Sebagai ibu bapa, kita ada pilihan untuk tinggalkan kesan yang membina atau meruntuhkan dalam hati mereka.

Baca juga: 7 Cara Bantu Stabilkan Mood Anak

Kesempurnaan itu hanya ilusi.

Yang anak-anak kita perlukan adalah ruang untuk belajar, membuat sila, dan berkembang dengan bimbingan kita yang penuh kasih sayang.

Jadi, bila mereka tak capai standard yang kita harapkan, tarik nafas dalam-dalam dan ingatkan diri iaitu proses itu lebih penting dari hasil.

Apa yang kita mahukan bukanlah anak yang sentiasa sempurna, tapi anak yang percaya mereka cukup baik, walaupun dalam ketidaksempurnaan mereka. 💖

pembelajarankeputusankesilapanstandard

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis