Ibu bapa biasa dengar kan tentang bacaan lantang atau Read Aloud Activity. Tapi tahu tak yang dalam isu membaca, tak semua anak dianugerahkan mempunyai kepintaran Word Smart (Visual Linguistic) dimana mereka boleh membaca majalah atau surat khabar secara lancar seawal usia 4 atau 5 tahun!
Sebab itu dalam membaca kita tak perlu risau dan membanding beza anak kita yang masih belum dapat membaca kerana kesediaan membaca rata-rata akan muncul sewaktu anak berusia 6 atau 7 tahun.
Tapi jika anak bersedia lebih awal, ini mungkin faktor persekitaran selain dari kecerdasan kepintaran yang sangat mempengaruhi kesediaan anak untuk membaca.
Walaupun anak kita bukan Word Smart, kita boleh rangsang minat mereka dengan menyediakan persekitaran yang mendedahkan mereka dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak mereka lahir.
Sebagai contoh, cipta ruang mini perpustakaan buat keluarga. Usaha ini secara tidak langsung akan mewujudkan budaya membaca dan minat itu pasti tertanam dalam diri anak-anak.
Paling penting, luangkan masa untuk membaca bersama anak-anak dengan pelbagai buku kegemaran mereka. Aktiviti hari-hari yang saya selalu buat bersama anak ialah bacaan lantang ataupun Read Aloud.
Apakah Itu Bacaan Lantang?
Aktiviti membaca lantang (Read Aloud) bukan satu pengajaran pemahaman bacaan semata-mata tetapi lebih kepada aktiviti atau sesi tambahan untuk meningkatkan motivasi kanak-kanak terhadap pengajaran literasi. Aktiviti ini digunakan untuk mengajar membaca di peringkat awal belajar membaca. Dimana kebiasaanya mereka masih lagi belum dapat membaca dan kanak-kanak menjadi pendengar apa yang dibaca oleh orang dewasa.
Apakah Kelebihan Bacaan Lantang ?
- Dapat meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata.
- Dapat menarik minat anak untuk mencintai buku.
- Dapat meningkatkan daya ingatan anak.
- Dapat memumpuk minat dan perasaan ingin tahu anak (curiosity)
- Dapat mengetahui sebutan yang betul.
- Dapat melatih diri mereka membaca dengan lancar.
- Dapat meningkatkan sikap positif terhadap pembelajaran.
- Dapat menambahkan dan meluaskan lagi ilmu baru mengenai dunia sekeliling mereka.
Jika kita amalkan dari anak masih bayi, tanpa kita sedar, pada usia tiga tahun, kanak-kanak yang didedahkan aktiviti Read Aloud setiap hari akan mendengar sekurang-kurangnya 30 juta lebih banyak perkataan daripada kanak-kanak yang tidak dibaca. (Drs. Betty Hart and Todd Risley, Meaningful Differences in the Everyday Experience of Young American Children)
Teknik Bacaan Lantang
- Pastikan anak-anak duduk dekat dan boleh lihat buku yang dibacakan dengan jelas
- Gerakkan jari tunjuk di bawah perkataan semasa kita membaca.
- Biarkan anak sendiri yang membelek halaman muka surat seterusnya.
- Bergilir-gilir membaca perkataan, ayat, atau keseluruhan halaman.
- Jeda dan ajukan soalan terbuka seperti:
- “Kenapa Allah ciptakan Walrus ada tusk?” “Kenapa dia sedih bila Mama dia cakap macam tu?”
- Bincangkan apa yang berlaku dalam gambar.
Tips Bacaan Lantang
- Luangkan masa sekurang-kurang sepuluh minit setiap hari.
- Hasilkan rutin supaya menjadi kebiasaan.
- Biarkan anak yang memilih buku.
- Tunjukkan kulit buku, bincang dan perkenalkan pengarang dan ilustrator.
- Guna intonasi dan memek muka atau ekspresi dengan sepenuh hati supaya anak dapat kaitkan dengan cerita. Jangan lupa juga effect bunyi, contoh “Aummmmm, Vrommm”
- Jangan terburu-buru semasa membaca, dapatkan rentak yang sesuai.
- Sesekali minta anak tunjuk dan cari watak yang terdapat dalam buku. Huraikan ciri fizikal yang terdapat pada watak tu.
- Galakkan anak untuk turut sama sertai dengan meminta anak sebut “ Ikut mama sebut yaaa” atau buat pergerakan fizikal sekiranya bersesuaian dengan buku yang dibaca.
- Boleh jadikan frasa menjadi muzik yang indah, nyanyi walaupun suara ibu sumbang. Tapi percayalah anak akan menganga mendengar kemerduaanya.
- Bertukar nada suara- ada tinggi rendah; keras lembut; laju perlahan.
- Bincangkan urutan cerita : Permulaan, Tengah dan Akhir cerita
- Sesekali toleh dan pandang mata anak semasa mereka sedang fokus mendengar cerita.
- Boleh juga gunakan props untuk membantu seperti Puppet.
- Lakukan aktiviti lanjutan yang bersesuaian selepas Bacaan Lantang agar cerita atau buku yang dibaca tidak berhenti begitu sahaja. Boleh libatkan anak-anak untuk bercerita semual menggunakan ayat mereka sendiri dan melakonkan semula watak.
Baca juga: Langkah untuk Mengajar Suku Kata dalam Bahasa Inggeris

Seawal bayi, tunjukkan mereka buku. Bukan untuk drilling, sebaliknya untuk tarik minat mereka dengan visual yang terdapat dalam buku. Bagi anak susun, belek buku mahupun bermain dengan buku. Biarkan mereka biasa dengan buku berbanding dengan paparan screen.
Luangkan masa, buat Read Aloud, Bedtime Story dan aktiviti menggunakan buku-buku. Semoga anak-anak membesar mempunyai Motivation to Read, jadi bila sampai usia yang sepatutnya anak akan rasa bersemangat untuk membaca disebabkan kesediaan membaca itu telah ada insyaAllah.
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.