Blog

10 Perkara Yang Saya Nak Ubah Untuk Jadi Ibu Yang Lebih Baik

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Parenting
ibu

Sebagai ibu, kita semua ada niat nak jadi yang terbaik untuk anak-anak. Tapi kadang-kadang, dalam kesibukan harian, kita terlepas pandang perkara-perkara kecil yang boleh buat perubahan besar dalam hubungan dengan anak-anak.

Sepanjang tahun ni, saya ambil masa untuk reflect dan fikir balik, apa yang saya boleh ubah untuk jadi ibu yang lebih baik. Ini bukan tentang jadi sempurna, tapi lebih kepada usaha untuk jadi versi diri yang lebih baik setiap hari.

Antara perkara yang saya cuba nak aplikasi dalam kehidupan sepanjang tahun 2024 ni:

Jadikan Setiap Hari ada Rutin Pagi yang Bermakna

  • Berikan contoh kepada anak-anak dengan bangun tahajud dan ajak mereka solat Subuh di Masjid.
  • Ajak anak-anak dalam bersenam di luar rumah selama 30 minit.
  • Sediakan sarapan sebelum jam 7 pagi sebagai aktiviti keluarga.
  • Galakkan anak-anak menyumbang sedekah Subuh.
  • Ajak anak-anak sama-sama solat Dhuha.

Ubah Komunikasi Dengan Anak

Usahakan untuk berkomunikasi dengan jujur dan terus terang dengan anak-anak.

Keluarga Sebagai Sokongan

Libatkan keluarga terutamanya datuk nenek mereka dalam pendidikan anak-anak. Mereka boleh memberi sokongan emosional dan pengalaman yang berharga

Belajar Dari Kesilapan

Ajarkan anak-anak untuk melihat ketidaksempurnaan sebagai peluang pembelajaran. Sentiasa pasak dalam diri anak yang kesilapan merupakan titik tolak untuk pembelajaran yang lebih baik.

Hargai Usaha Anak

Hargai dan pujilah usaha mereka dalam mencipta sesuatu yang baru walaupun ia mungkin tidak sempurna. Ini akan menggalakkan mereka untuk terus berfikiran kreatif.

Dorong dan Bagi Galakan Untuk Idea Anak

Beri peluang kepada anak-anak untuk mengembangkan pemikiran kreatif melalui aktiviti seni, permainan atau projek-projek yang mendorong imaginasi.

Pastikan Anak-Anak Mendapat Pemakanan Seimbang Dan Sihat

Biasakan untuk ceritakan manfaat makan makanan yang seimbang dan sihat dan kesan positifnya terhadap kesihatan dan perkembangan mereka. Libatkan mereka dalam proses memasak dan memilih makanan, memberi mereka pengetahuan tentang pemakanan yang baik untuk kesihatan mereka.

Ajarkan Anak-Anak Tentang Pentingnya Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Kembangkan Kemahiran Baru

Selain daripada aspek akademik, ajarkan mereka kemahiran praktikal yang berguna dalam kehidupan sehari-hari, seperti kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah dan kemahiran sosial. Libatkan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang membolehkan mereka mempelajari sesuatu yang baru, sama ada itu adalah hobi, kerja amal atau projek-projek kreatif.

Pendidikan Agama

Paling penting, berikan penekanan yang khusus kepada pendidikan agama. Inilah matlamat kehidupan sebenar. Banyakkan mendalami agama supaya anak-anak menjalani proses pembelajaran yang holistik yang merangkumi aspek akademik dan rohani dan dapat membentuk mereka menjadi individu yang berakhlak tinggi dan berpengetahuan.

Banyakkan Membaca

Galakkan membaca buku bersama mereka, contohnya luang masa semasa bedtime story. Target sekurang-kurangnya satu buku seminggu.

Doakan Kesejahteraan Semua Membaca

Bukan hanya doakan untuk diri sendiri, tapi ajak anak² doakan juga keluarga, sahabat handai dan keseluruhan umat manusia. Ajarkan mereka nilai kesyukuran dan bagaimana untuk berdoa dalam pelbagai situasi, sama ada untuk memohon petunjuk, keampunan atau kesyukuran.

Proses homeschooling merupakan satu bentuk transformasi dan pembelajaran bagi ibu bapa. Ini adalah perjalanan pembelajaran bersama-sama. Kita cuba ubah diri kita sebab makin berganjak tahun, semakin dekat kita ke alam sana

Baca juga: Cabaran jadi ibu

ibu

Perubahan yang saya nak buat ni mungkin nampak kecil, tapi impaknya besar. Saya sedar, jadi ibu yang lebih baik bukanlah tentang buat semuanya betul setiap masa, tapi tentang kesanggupan untuk belajar, berusaha dan terus mencuba.

Anak-anak kita tak perlukan kesempurnaan, mereka perlukan kasih sayang dan kehadiran kita yang tulus. InsyaAllah, dengan perubahan-perubahan ni, saya boleh beri yang terbaik untuk mereka dan dalam masa yang sama, perbaiki diri sendiri.

ibuanakkomunikasikeluarga

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis