Blog

Cara Bijak Handle Anak Buat Salah di Rumah Orang

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Parenting
rumah orang

Pernah tak alami situasi di mana anak buat hal masa tengah bertandang ke rumah orang? Contohnya, tengah seronok bersembang dengan keluarga, tiba-tiba dengar bunyi “pranggg!”

Rupa-rupanya, anak terpecahkan pasu kesayangan nenek. Mesti rasa serba salah kan, antara nak marah anak, minta maaf pada tuan rumah atau cuba cover balik keadaan. 😅

Situasi macam ni memang boleh buat kita rasa kelam-kabut, tapi sebenarnya ada cara bijak untuk handle, supaya anak pun belajar dari kesilapan tanpa rasa terlalu tertekan. Mari kita tengok beberapa tips yang boleh bantu kita urus situasi macam ni dengan tenang dan berhemah. ✨

Cara Bijak Nak Handle Situasi Bila Anak Buat Salah di Rumah Orang

1. Tetap Tenang & Jangan Panik

    • Bila anak buat kesilapan, especially kat tempat orang, kita sebagai ibu bapa mesti tenang dulu. Kalau kita panik, anak pun akan rasa lebih tertekan dan mungkin takut nak mengaku kesilapan. Ambil nafas dalam-dalam, cuba kawal reaksi muka dan fikirkan apa tindakan seterusnya.

2. Dekati Anak & Tunjuk Rasa Empati

    • Bila anak buat salah, dekati dia dengan lembut. Contohnya, kalau dia terpecahkan pasu nenek, jangan terus marah depan-depan semua orang. Ajak anak ke tepi, pegang tangan dia dan tanya dengan nada yang lembut, “Kenapa jadi macam ni?” Ini buat anak rasa difahami, bukannya takut.

3. Tunjuk Cara Mengakui Kesilapan

    • Ajar anak untuk mengaku salah dengan cara yang betul. Kalau dia pecahkan pasu, bantu dia minta maaf pada nenek dengan ayat yang mudah: “Maaf, saya tak sengaja pecahkan pasu nenek.” Ini akan ajar dia pentingnya bertanggungjawab atas kesilapan, tanpa rasa malu.

4. Beritahu Anak Apa yang Perlu Buat Seterusnya

    • Kadang-kadang anak mungkin tak tahu nak buat apa bila mereka dah buat salah. Jadi, kita yang kena guide mereka. Contohnya, selepas minta maaf, ajar anak untuk bantu bersihkan serpihan pasu atau susun semula tempat kejadian. Ini ajar dia untuk ‘repair’ keadaan dan rasa lebih bertanggungjawab.

5. Berbincang dengan Tuan Rumah (Secara Private)

    • Kalau ada kerosakan yang serius, macam pasu antik yang pecah, kita sendiri kena minta maaf dan tawarkan untuk ganti rugi atau beli pasu baru. Bincang elok-elok dengan tuan rumah dan terangkan bahawa anak pun dah minta maaf dan belajar dari kesilapan dia. Mereka pasti akan hargai sikap terbuka kita.

6. Berbual dengan Anak Selepas Itu

    • Lepas keadaan dah tenang, balik rumah atau dalam kereta, ambil peluang untuk berbual dengan anak. Tanya dia apa perasaan dia bila benda tu berlaku, dan terangkan kenapa tindakan dia salah serta apa yang boleh dia buat lain kali. Cara ni bukan sekadar mengajar anak untuk belajar dari kesilapan, tapi juga tunjuk yang kita sentiasa support dia dalam proses pembelajaran.

7. Puji Bila Anak Berani Mengaku

    • Bukan mudah untuk anak kecil mengaku salah, lebih-lebih lagi depan orang lain. Jadi, kalau anak berani minta maaf, pastikan kita puji dia atas keberanian tu. Contoh, “Mama bangga abang berani minta maaf tadi. Abang seorang yang bertanggungjawab.” Ini akan galakkan dia untuk terus bertanggungjawab di masa depan.

Baca juga: Penting Ajar Anak Adab yang Baik

rumah orang

Dengan cara ni, anak bukan saja belajar untuk handle situasi susah, tapi juga belajar nilai minta maaf dan perbaiki keadaan. Sebagai ibu bapa, kita juga kena jadi contoh yang baik dengan cara kita sendiri uruskan situasi tersebut. 💪😊

 

empatipanikhandlesituasi

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis