Sebagai ibu bapa, memahami keperluan anak-anak kadangkala boleh menjadi cabaran. Setiap anak unik dan mereka sering menunjukkan keperluan melalui tingkah laku, bukan kata-kata.
Bagaimana untuk lebih peka dengan keperluan anak?
Dalam artikel ini, kita akan berkongsi beberapa tips mudah yang boleh membantu anda mengenal pasti apa yang anak anda perlukan, sama ada dari segi emosi, fizikal atau sosial. Dengan menjadi lebih peka, insyaAllah kita bukan sahaja dapat menyokong perkembangan mereka, tetapi juga mempereratkan hubungan sebagai sebuah keluarga.
Pertama sekali, cuba luangkan masa untuk benar-benar dengar anak-anak. Kadang-kadang, apa yang tak terucap melalui kata-kata akan nampak dalam tingkah laku mereka. Contohnya, perubahan mood atau reaksi terhadap sesuatu perkara. Perhatikan bahasa tubuh mereka, dengan situ kita dapat tahu petunjuk tentang apa yang mereka rasa atau perlukan.
Selain itu, selalu buat “check-in” dengan anak, walaupun mereka nampak okay. Tanya soalan simple seperti, “Macam mana adik rasa hari ni?” atau “Ada apa-apa abang nak cerita?” Simple je, tapi sangat powerful untuk buka ruang komunikasi yang lebih dalam. Anak-anak akan rasa dihargai bila kita ambil masa untuk mendengari luahan hati mereka.
Satu lagi, cuba beri mereka peluang buat keputusan mereka sendiri. Walaupun nampak macam perkara remeh, kebebasan ni sebenarnya boleh tunjukkan tahap keyakinan dan kemampuan mereka. Kita boleh belajar banyak tentang keperluan mereka dari cara mereka uruskan pilihan kecil.
Dan yang terakhir, penting untuk pantau perubahan tingkah laku. Kadang-kadang anak jadi lebih pendiam atau sensitif bila ada sesuatu yang mengganggu. Dengan jadi lebih peka, kita dapat tangani isu ni lebih awal, sebelum jadi lebih besar.
Saya sendiri pun sebenarnya masih dalam proses belajar. Parenting ni bukanlah sesuatu yang kita perfect overnight. Setiap hari, kita belajar sesuatu yang baru, dan tak apa kalau ada hari yang rasa susah nak faham apa anak perlukan.
Yang penting, kita sama-sama belajar dan saling menyokong antara satu sama lain. Setiap anak ada cara tersendiri untuk menyampaikan keperluan mereka. Sebagai ibu bapa, kita pun ada gaya sendiri untuk memahami mereka. Jadi, kalau ada hari yang rasa macam susah nak “tangkap” apa yang anak perlukan, ingatlah kita semua dalam proses yang sama. Little by little, kita akan jadi lebih peka, lebih faha, dan hubungan dengan anak-anak pun akan jadi lebih erat.
Baca Juga : Cara Kira Attention Span Anak
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.