Sebenarnya kalau ikut silibus KSSR, anak umur 10 tahun memang dah belajar subjek sejarah.
Belajar Zaman Prasejarah, Kerajaan Melayu Awal, Kesultanan Melayu Melaka.
Tapi jujur saya cakap, bila homeschool bab sejarah ni saya undur belakang sikit.
Bukan sebab saya tak minat tapi sebab saya sedar satu benda sejarah perlukan ‘jiwa pencerita’.
Yang jenis bila buka mulut, terus boleh tarik kita ‘masuk zaman’ lain.
Jadi dalam rumah kami, orang paling berbakat buat benda tu bukan saya.
Tapi ayah mereka.
Ayah mereka ni dulu sebelum kahwin pernah masuk TV, rancangan realiti Sejarawan Muda dan menang tempat ketiga.
Jadi secara rasmi, beliaulah Sejarawan di rumah kami sekarang.
Jadi bab sejarah ni, saya dengan senang hati pass baton dekat ayahnya.
Tugas saya jadi pencetus rasa ingin tahu, ayahnya jadi pencerita sejarah yang bagi mendalam dan alhamdulillah kombinasi ni buat anak-anak lagi engage daripada kalau salah seorang saja yang ajar. Alhamdulillah.
Beginilah cara kami.
1. Saya buka ‘pintu curiosity’ dulu
Saya start dengan task simple
– tunjuk gambar kerajaan Melayu awal
– video 1 minit pasal zaman prasejarah
-tunjuk peta Melaka zaman dulu
– tanya soalan mudah dekat anak
“Kalau abang hidup zaman batu, abang nak buat rumah macam mana?”
Bila anak curious, otak dia terbuka dari situ momentum belajar dia meningkat.
2. Lepas tu ayah ambil alih, beliau bagi ‘big picture’
Ayahnya ni bila explain sejarah, beliau bukan jenis baca fakta satu-satu macam dalam buku.
Beliau jenis buka cerita secara natural, macam orang tengah sembang sambil cicah biskut jagung dengan air teh o panas.
Masuk topik Kesultanan Melayu Melaka, beliau akan lukis dekat kertas. Asal-usul Melaka, sultan pertama, kenapa Melaka jadi pusat perdagangan besar dan macam mana sistem pentadbiran dia.
Ayat simple tapi powerful.
Anak-anal duduk diam, fokus.
Macam tengok ‘live storytelling.’
3. Saya sambung balik dengan buat benda fun dan ada aktiviti hands on supaya info yang ayahnya ajar “melekat.”
Contoh minta anak
– buat timeline kecil guna kertas warna
– buat “mini Kota Melaka” pakai lego
– lukis senjata Melayu lama
– buat peta perjalanan Parameswara
– buat komik 4 panel tentang kehidupan prasejarah
Aktiviti ni semua bagi anak ownership. Jadi, dia bukan sekadar dengar tapi dia turut buat.
4. Ayahnya sambung dengan real-life connection
Ini part anak paling suka.
Ayah akan tanya,
“Kenapa Melaka kuat walaupun ramai musuh?”
“Kalau adik hidup masa zaman prasejarah, anak nak tinggal dekat tepi sungai ke dalam gua? Kenapa?”
Dia provoke pemikiran.
Bagi anak reasoning.
Sejarah jadi current, bukan benda lama.
5. Last sekali kami buat “cerita semula”
Apabila anak dapat cerita balik ikut bahasa dia sendiri, memori akan ‘consolidate’ lebih kuat dari hafal. Anak tak cerita macam dalam buku tapi dia cerita ikut dunia dia.
Jadi begitulah sikit cerita saya pasal sejarah tentang macam mana kami ajar sebab anak-anak kami homeschool sepenuhnya.
Nak mudah, kami combine strength saya sebagai mama dan ayah mereka.
Ajar sejarah sebenarnya bukan pasal hafal fakta tapi pasal naratif, manusia dan keputusan yang lalu.
Bila kami combine cara kami, saya buka curiosity, ayahnya bagi depth lagi harap anak-anak bukan saja faham sejarah tapi jatuh cinta dengan cerita bangsa dan negara sendiri insyaAllah.
Baca juga: 10 Cara Efektif Ajar Anak Membaca
Nanti kami cerita pula kisah sejarah di bumi Mesir.
Bumi yang penuh peninggalan tamadun, ada Piramid Giza yang berdiri sejak ribuan tahun, Sphinx yang misteri wajahnya, hieroglif yang ukirannya masih jelas, masjid-masjid lama, kota berdebu yang simpan berjuta cerita dan pasar yang rasa macam masuk time machine.
Kalau ada nak baca, nanti saya sambung lagi…

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.