Blog

Homeschool, Amanah yang Dipilih

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Homeschool

Bayangkan satu pagi yang tenang, bunyi burung berkicau dan anak-anak duduk di meja makan, bukan dengan uniform sekolah tapi dengan senyuman yang penuh rasa ingin tahu. Di situlah bermulanya kisah homeschool.

Setiap hari adalah peluang baru untuk explore ilmu bersama, tanpa kekangan waktu atau tekanan sistem. Homeschool ni bukan sekadar “belajar di rumah,” tapi lebih kepada satu journey yang parents dan anak-anak lalui bersama, discovering, learning and growing.

Bukan mudah sebenarnya. Sebagai parents yang pilih homeschool, kita bukan setakat nak pastikan anak pandai baca, kira dan tulis. Kita juga bertanggungjawab bentuk cara mereka melihat dunia. Mungkin ada hari yang rasa macam gagal, bila tengok anak tak fokus atau mereka tanya soalan yang kita sendiri tak ada jawapan.

Cabaran dan Keindahan Homeschool

Tapi, kat situlah cabaran dan keindahan homeschool. Kita belajar terima bahawa education ni bukan soal hafal fakta semata, tapi bagaimana kita bantu anak untuk curious dan faham erti sebenar kehidupan.

Dalam homeschool, anak belajar dari alam, dari pengalaman, dan juga dari kesilapan. Ada masa mereka akan keluar ke taman, touch daun, rasa angin dan dari situlah mereka kenal science, bukan sekadar teori dalam buku.

Setiap Hari Adalah Peluang Pembelajaran

Setiap langkah mereka, setiap soalan mereka, adalah peluang untuk kita explore dunia bersama. Dan bila ada hari yang susah .

Anak-anak tak nak ikut jadual, atau kita rasa letih sangat , itulah saat yang mengingatkan kita, homeschool ni lebih dari sekadar tanggungjawab tapi satu amanah. Satu kesempatan untuk bukan saja membina ilmu, tapi juga kenangan yang tak ternilai.

Mungkin ada yang cakap, “Kan senang kalau hantar je sekolah, lebih masa untuk diri sendiri.” Betul, mungkin nampak mudah kalau lepas tangan.

Tapi, homeschool ni tentang komitmen. Tentang how kita nak asuh anak bukan sekadar jadi pelajar, tapi jadi manusia. Bila mereka belajar di rumah, mereka lihat kita, cara kita urus masa, cara kita selesaikan masalah, cara kita hargai ilmu. Itulah role model yang sebenar. Kita ajar mereka bukan saja dengan kata-kata, tapi dengan setiap tindakan.

Baca juga: Cara Hilangkan Burnout dalam Homeschooling

Perjalanan Penuh Ujian dan Keindahan

Inilah homeschool, satu perjalanan yang penuh ujian, penuh keindahan. Anak-anak belajar, parents juga belajar. Kita belajar sabar, belajar untuk sentiasa open-minded, belajar untuk tidak takut buat silap. Setiap hari bersama mereka mengingatkan kita, bahawa ilmu itu ada di mana-mana. Homeschool bukan sekadar keputusan pendidikan, tapi juga satu gaya hidup.

homeschoolexploreujianperjalanan

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis